Thursday 29 March 2018

CARA KENALI PRODUK TIMBANG KILO !!

Sekarang ni syila tengok,terlalu banyak skincare yang ada di pasaran.
Terlalu ramai manusia yang nak jadi founder tapi tak ada backgroud yang bagus pon untuk keluarkan produk skincare.
Kebanyakan daripada mereka hanya keluarkan duit dan bayar kepada kilang.
Dapat produk,letak brand sendiri dan jual !!
Marketing mereka cukup bagus sehingga boleh mendapat berjuta juta ringgit hanya dengan menjual produk timbang kilo.

Syila nak kongsi bagaimana cara untuk kita kenal produk timbang kilo ni.
Baca sampai habis tau sebab kadang-kadang ada juga produk tu timbang kilo tapi claim organic.Sungguh menyedihkan !!

Syila dulu pernah terjebak dengan beberapa skincare timbang kilo ni.
Maklumlah masa tu dah ada duit sendiri,nak juga kulit wajah bersih,cantik dan bebas jerawat.Tapi tak sangka terjebak juga dengan krim timbang kilo ni.

6 TIPS kita boleh kesan samada krim tu timbang kilo atau tak.

1-WARNA WARNI HARI RAYA.
Yang ni memang femes amoss sangat la kan.Rasanya ramai yang dah tahu.Kalau kita tengok dari segi packaging pon dah boleh agak yang produk tu adalah rebrand.
Kotak comel-comel dekat kedai jamu,warna warni pelangi,lebih baik tak payah beli !!

Carilah produk skincare dekat drugstore macam watson or guardian.Yang itu lebih selamat tapi kena pandai pilih la yang mana sesuai dengan kulit wajah kita.
Sendiri punya muka,sendiri kena tahu.hihi.


2- 5 in 1.
Biasanya dalam bekas kecik² dan diletakkan dalam satu kotak.Krim sikit yahamattt lah tapi harga boleh pengsan
Biasanya timbang kilo ni dia akan letak semua item dalam satu kotak

-Sabun ketul
-Krim siang
-Krim malam
-Extra krim
-Toner


3. TEKSTUR.
Biasanya melekit lekit.Kalau pakai krim malam tu memang terasa sangat lekit² tu sampai tak selesa langsung.
Tekstur dia sangat-sangatlah tak best.Tapi bila tanya seller,dia akan cakap benda tu normal.
Tak normal guyss kalau terlalu melekit sampai nak tidur pon tak selesa.
Muka terasa pedih dan panas.


4.WANGI !!
Bau dia tersangatlah wangi pada awalnya sebab nak tutup bau merkuri yang entah berapa kilo dia letak dalam satu bekas kecik tu.
Cuba biar lama²,nak bau pon tak lepas dah.

Syila pernah simpan satu produk ni dalam masa 3bulan macam tu je.
Masa tu dah stop pakai.
After 3bulan,keadaan produk tu sangat mengerikan.
Warna seakan kehitaman dan berbau busuk.


5. GLOWING DALAM MASA 3HARI.
Yang ni syila tengok ramai sangat pengguna skincare timbang kilo dapat effect macam ni.
Glowing yahamatt sampai syila pon takut tengok muka dia.
Nampak sangat kulit dia makin menipis tanpa sedar.
Kalau jemur bawah matahari kompem macam udang kena bakar.

Seperti biasa,Founder akan menjanjikan produk dia berkesan seawal 3hari.
Usah la percaya.
Dusta semata.Yang bagi kesan muka anda glowing dalam masa 3hari tu,mungkin dia letak merkuti terlalu tinggi.Sebab tu boleh dapat kesan yang super amazing !!!

6.TINGGAL SEHARI DAH BREAKOUT.
Syila pernah tinggal sehari je tak pakai krim malam,esok tu mula la slow² jerawat menghadirkan diri dekat kulit muka ni.
Yang ini bukan syila sorang je,ramai dah yang terkena.
Jerawat bernanah,kulit kehitaman,kusam,jeragat bertempek tempek.

Bila tanya founder,mesti ada sahaja jawapannya untuk menafikan produk dia sebenarnya tak elok!!!
Lepas tu taknak bertanggungjawab dan akhirnya pengguna la yang sengsara.

Dia pulak keluarkan produk baru.
Kejam!!!

So boleh la check skincare anda tengah pakai sekarang ni macam mana.
Syila dah insaf sangat dah.
Kita ni nak letak dekat kulit muka,bukan bontot kuali.😂

Semoga bermanfaat dan dapat membantu anda daripada terjadi mangsa Produk timbang kilo.


Sekian,
Syila Abdullah,
Mangsa skincare timbang kilo !!

1 comment:

  1. Assalamualaikum sis, boleh saya share? Full credits 😊😊

    ReplyDelete