Wednesday 8 November 2017

# Klinik Pakar sedut Kahak Bayi-Dewasa

Pengalaman sedut kahak bayi di klinik Wangsa

Awal bulan 10,syila bawa Raesha pergi Sabah.Balik dari sabah dia mula jadi pening dengan perubahan cuaca.Pada awalnya syila ingatkan dia okey,esok sehari selepas sampai semenanjung,Raesha mula muntah selepas menyusu.

Panik juga la bila anak muntah selepas menyusu.Banyak sangat sampai keluar kahak hijau.Syila ingatkan sekali je tapi kerap.Jadi syila terus ajak suami pergi klinik Izham dan ambil ubat.Doktor hanya bagi ubat batuk/muntah dan jika keadaan berterusan sampai tengahmalam,kena bawa Raesha datang semula ke klinik untuk ambil Nebulizer.

Alhamdulillah,keadaan Raesha semakin baik sehingga esok pagi.Tapi bila dia stop muntah,dia cirit,dia stop cirit dia muntah dan macam tu la sehingga waktu petang.Petang tu juga pergi klinik Izham semula untuk dapatkan rawatan.Doktor bagi ubat cirit dan demam.

Biasa la budak-budak,bila dengan ubat bagaikan musuh.Susah sangat nak makan ubat sampai kena bedung.Tapi Raesha ni cerdik sangat.Dia tahan ubat tu dalam mulut dan bila dia bangun dia akan keluarkan semula ubat tu.

Hampir seminggu juga la Raesha hadapi cirit tu dan 3-4 kali juga syila dan suami bawa dia ke klinik.Selepas pada tu Raesha demam,batuk dan selsema.Batuk sewaktu tidur sangat mengganggu Raesha dan ofcourse syila juga.Kesian bila tengok dia batuk sampai merah muka-muka.Makan ubat batuk yang doktor bagi pon tak jalan juga.

Ikhtiar juga dan cuba survey petua untuk kurangkan batuk tapi masih tiada hasil.Suatu hari syila nampak ada seorang rakan Facebook bagi tahu ada satu klinik dekat wangsa maju yang pakar sedut kahak baby.
Image result for klinik wangsa dokter nadir khan

Esok pagi seawal pukul 8.30 pagi,syila dan suami terus ke klinik tersebut.Oh ya,nama klinik tu KLINIK WANGSA,DOKTOR NADHIR DAN RAKAN-RAKAN.

Masa sampai tu,memang dah ramai orang.Bayangkan lah pukul 8.45 dan syila dapat nombor 37.Memang ramai sangat parents yang bawa anak dari bayi sehingga la anak yang dah dewasa untuk dapatkan rawatan di klinik wangsa ni.

Image result for klinik wangsa dokter nadir khan

Tapi anda tak perlu risau untuk menunggu lama.Jika nombor anda lambat lagi,boleh balik dulu atau pergi mana-mana.Jangan lupa untuk tanya kepada staff tersebut pukul berapa anda sepatutnya ada diklinik ataupon boleh juga call dahulu sebelum datang semula ke klinik.Jika nombor anda terlepas,boleh bagi tahu dekat staff dan mereka akan panggil anda selepas itu.

Doktor Nadir sangat friendly dan mesra kanak-kanak.Dia juga akan ajar parents bagaimana nak buang kahak bayi sendiri bila kita di rumah.Banyak info dan konsultasi yang doktor Nadhir bagi.Disebabkan Raesha tak ada family history seperti asthma,sesak nafas dan sebagainya,doktor hanya berikan ubat selsema,batuk dan cairkan kahak.Jika dalam masa tiga hari masih tiada perubahan dan semakin teruk,boleh bawa semula bayi ke klinik untuk doktor bantu sedut kahak bayi.

Selepas 3 hari,keadaan Raesha macam makin teruk dan boleh dengar dia batuk berkahak.Jadi,syila dan suami bawa Raesha semula ke klinik wangsa dan sedut kahak Raesha.Memang banyak kahak Raesha yang keluar.

Semestinya anak akan mengamuk sebab kita pegang kaki dan tangan dia.Tapi selepas itu dia akan rasa lega sebab kahak semakin berkurang.

Oh ya,puasakan anak selama 2jam sebelum proses sedut kahak supaya bila sedut kahak nanti bukan susu yang keluar.

Jumlah yang perlu dibayar kali pertama  adalah RM60.Kali kedua kami pergi hanya jumpa doktor dan sedut kahak adalah RM90.Total Rm150 including ubat.

Jadi,jika anak anda ada masalah batuk  yang tak berkesudahan dan semakin teruk sehingga mengganggu penafasan anak,silalah bawa anak anda berjumpa doktor.

Klinik Wangsa ni hanya ada di WANGSA MAJU,Kuala Lumpur sahaja.

Terima kasih sudi baca penulisan syila.Semoga anak anda cepat sembuh.Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di ruang komen.

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian puan dapat membantu anak saya pulak

    ReplyDelete
  2. Nk tanya ..lepas tu anak ada x trauma mcm susah nk susu..mcm dia telan tu sakit

    ReplyDelete