Thursday 23 November 2017

Suplimen dan ubat?Nampak sama tapi bukan dia.

November 23, 2017 0 Comments

Sebelum kenal shaklee,syila hanya tahu suplimen dan ubat adalah benda yang sama.Kebanyakan bentuk suplimen dan ubat pon hampir sama.Syila ingatkan badan ni tak perlukan suplimen pon.Bila sakit makan la ubat.Itu semua tanggapan dari kecil sampai la berumur 19 tahun.Bagi syila,cukup la kita makan nasi,sayur dan ikut carta piramid makanan,kenapa nak makan suplimen pulakkan.

Tapi selepas kenal dengan Shaklee,banyak sangat pendedahan tentang suplimen dan perbezaan suplimen dengan ubat.

Apa itu suplimen?

Suplimen atau dalam bahasa yang mudah adalah vitamin.Suplimen adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh tubuh badan untuk melengkapkan kekurangan nutrisi dari pengambilan makanan biasa yang kita makan setiap hari.

Suplimen boleh diambil bila-bila masa ataupon setiap hari.Suplimen diperbuat dalam bentuk pil,cecair,serbuk dan tablet.Suplimen juga ada 2 jenis iaitu suplimen semulajadi dan suplimen sintetik.

Pemilihan suplimen adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada berlakunya kerosakan buah pinggang dan mendapat risiko penyakit yang lebih teruk.Pengambilan vitamin sintetik memberikan kesan yang buruk dalam jangka masa yang pendek dan panjang.

Pilihlah suplimen yang diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai klinikal ujikaji.Untuk kesihatan jangka masa yang panjang,pilihlah suplimen yang mempunyai LANDMARK STUDY.Dijamin berkualiti dan sentiasa selamat.

Suplimen bukanlah pilihan tetapi kehendak kerana khasiat makanan yang kita makan hari ini tidak sama dengan 30 tahun yang lepas.Tanah pertanian mengalami kekurangan sumber galian dan juga terlalu banyak permintaan sehingga menyebabkan tumbuhan dipaksa untuk membiak dengan cepat.

Kita sangat memerlukan suplimen supaya tahap kesihatan dan kecergasan badan berada ditahap yang tinggi supaya badan dapat menentang penyakit (Proses mencegah ).

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.Jika badan kita kekurangan zat dan vitamin,ia sangat mudah diserang penyakit.Kita pula mudah lesu,letih dan tidak bermaya walaupon hanya duduk saja


Ubat.

Ubat adalah untuk merawat penyakit.Ubat digunakan untuk menyembunyikan simptom,mendiagnos dan mengubati penyakit.Kalau kita tak sakit,kita tak perlu makan ubat.Kalau makan juga,ia boleh menyebabkan kesan yang buruk.

Ubat boleh menyebabkan kesan sampingan kepada badan.Ubat boleh memberika kesan yang bahaya kepada organ dalaman kita terutama jenis paracetamol.Ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa panjang.

Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti dan perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor terlebih dahulu.Jika anda mengambil ubat dalam dos yang tinggi,ia akan memberikan kesan sampingan yang merbahaya.



Jika anda tercari cari suplimen yang sentiasa selamat dan semulajadi,anda boleh hubungi syila untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pembelian produk Shaklee.


Syila Abdullah
ID1220375
SMS/WHATSAPP 0195461765
Emel : syilaabdullah2@gmail.com

Wednesday 22 November 2017

6 Tips pemakaian niqob untuk Newbie

November 22, 2017 0 Comments


Alhamdulillah.Sudah hampir 4 tahun syila mengenakan kain untuk menutup wajah atau lebih dikenali sebagai niqob.Pada awal pemakaian niqob,tak banyak ilmu yang syila tahu tetapi perlahan lahan syila mencari dan mendalami ilmu serta adab apabila berniqob.

Syila yakin,sesiapa yang sedang membaca blog syila pasti dia punya kekuatan yang luar biasa untuk memakai niqob.Tak semua orang kuat dan berjaya hadapi dugaan dan pelbagai cabaran pada awal penghijrahan ini.

Syila ada sedikit tips untuk kawan-kawan yang masih mencari kekuatan atau baru memakai niqob.Macam mana nak jadi orang yang kuat dan sabar apabila berhadapan dengan pelbagai ujian serta ragam manusia.

Tips simple,semoga bermanfaat.

1.Niat
Pastikan niat itu kerana Allah bukan kerana ingin mendapat pujiaan manusia.Kenapa kita nak pakai niqob?Mestilah kerana Allah.Ingin mendapat keredhoan Allah serta menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak baik.

2.Yakin.
Kuatkan hati dan jiwa kita supaya kita terus yakin apabila kita mula memakai niqob.ia dapat selamatkan diri kita daripada fitnah dan perbuatan yang tidak baik.Percayalah,bila kita menutup wajah,banyak perkara yang kurang baik kita dapat hindari.Banyak fitnah dunia yang kita dapat elak dengan sebaiknya.

3.Pilih kawan yang positif.
Semasa awal permulaan syila berniqob,syila dikelilingi oleh kawan yang biasa-biasa sahaja.Tetapi mereka sangat positif dan sentiasa memberikan dorongan,semangat untuk syila terus kan jalan ini.Percayalah,apabila kita dikelilingi kawan yang positif dan sentiasa bersikap menghormati,kita akan terasa disayangi dan juga kuat untuk teruskan penghijrahan ini.

4.Pilih niqob yang sesuai.
Sepanjang syila berniqob,tak pernah terdetik dihati untuk tanggalkan niqob pada wajah ketika keluar dari rumah.Syila sangat menitik beratkan jenis kain atau material niqob yang syila pakai.Kalau kain itu selesa dan mudah untuk bernafas,syila yakin anda akan rasa selesa dan takkan ada niat sedikit pon untuk meninggalkannya.

Syila memakai niqob yaman.Material yang sangat lembut,mudah bernafas dan terlalu selesa.Sangat sesuai untuk yang baru nak berniqob atau tercari-cari niqob yang sesuai.Kena cari seller yang menjual niqob yaman.Harga insyaAllah mampu milik.

Selain niqob yaman,syila juga sangat syorkan anda memakai niqob QIBTIYYAH EXCLUSIVE original Malaysia.Material yang super selesa dan sangat berkualiti.Rasanya dah banyak koleksi dari jenama ni yang syila ada.Harga mampu milik.InsyaAllah.

5.Doa
Allahuakbar.Dia lah yang memegang hati manusia dan pemilik hati kita.Sentiasa lah berdoa semoga diberi kekuatan untuk terus istiqomah memakai niqob walau apa ujian yang mendatang.Berdoalah supaya kita dikelilingi kawan dan keluarga yang sangat positif dan sentiasa memberikan semangat untuk kita terus berniqob.

6.Ilmu
Buat apa pon mesti kena ada ilmu.Tak semestinya kena ilmu penuh didada baru nak pakai niqob,tapi sentiasa lah mencari dan mendalami ilmu tentang niqob supaya kita tidak muda rebah dengan setiap soalan atau ujian yang kita tak tahu bila akan tiba.Bila kita ada ilmu,kita akan sentiasa dalam keadaan tenang walau apa yang terjadi.




Wearing niqob Elma lacey by QE

Kawan,tak semuanya boleh terima penghijrahan kita.Tapi bersabarlah dan jangan pernah putus asa untuk terus istiqomah memakai niqob kerana setiap orang yang sabar pasti akan tersenyum diakhirnya.Allah tak pernah sia-siakan kesabaran kita.

Syila dulu,semasa awal pakai niqob.kakak-kakak dan juga saudara mara banyak yang tentang.Macam-macam soalan dan hinaan yang syila dapat.Tapi syila faham,mungkin mereka terkejut dan masih belum dapat menerima dengan baik.Bersabar dan berdoa itu kunci yang syila pegang sampai sekarang.Untuk istiqomah itu memang sangat sukar,tapi percayalah diakhirnya akan ada manis yang kita takkan pernah sangka.

Alhamdulillah.
kakak-kakak dan saudara mara dapat menerima dengan hati yang terbuka malahan sentiasa memberikan doa dan kata-kata yang positif.Syila yakin,inilah berkat kesabaran syila selama ini.

Syila doakan,kawan-kawan diberikan kekuatan dalam setiap penghijrahan yang anda buat.
Salam sayang dari syila untuk anda.

Tuesday 21 November 2017

Tanda-tanda awal anda menghidap kencing manis !

November 21, 2017 0 Comments



Semakin hari,semakin ramai yang menghidap kencing manis.Malaysia telah mencatatkan penghidap kencing manis ysng tertinggi di Asia Tenggara.Yang lebih membimbangkan lagi,ia bukan sahaja berlaku dikalangan orang dewasa tetapi juga berlaku dikalangan kanak-kanak kecil.

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai Diabetis Mellitus.
.

Lebih malang jika diri sendiri pun tidak tahu dia menhidapi diabetis.Tahu-tahu je ia sudah berada pada tahap yang kronik.

Macam mana kencing manis boleh berlaku?

Apabila pancreas tidak boleh berfungsi  dengan normal,maka akan terjadilah kencing manis.
Fungsi  insulin ini adalah untuk merembeskan hormon insulin. Dan fungsi hormon insulin pula adalah untuk menukarkan gula menjadi  tenaga.



Kenapa pancreas tidak boleh berfungsi secara normal?

1.Ia disebabkan terlebih membuat kerja. Kerja yang dimaksudkan disini salah satunya adalah untuk merembeskan hormon insulin.

2.Puncanya asyik makan dan minum makanan manis manis sahaja. Jadi 24 jam pancreas kena buat kerja.

Sedangkan kita pun tahu penat kan?Apalah lagi organ kita.

Ada juga sesetengah orang kena kencing manis bukan sebab pancreas rosak tapi adalah disebabkan sel badan nya tidak sensitif dengan insulin.

Maksudnya ?
Apabila dia makan/minum manis, pancreas akan mengesan dan merembeskann hormon insulin.Tetapi sel badan tidak sedar.Jadi gula tidak dapat ditukar menjadi tenaga,maka terjadilah diabetis.

Kebiasaannya,penghidap kencing manis adalah dikalangan orang yang mempunyai berat berlebihan atau obesiti.Penghidap kencing manis biasanya akan bergantung dengan ubat seumur hidup atau bergantung pada insulin.Setiap hari akan cucuk insulin untuk menstabilkan bacaan gula dalam darah.

Simptom orang yang menghidap kencing manis :-

  • Kerap kencing/kencing dalam kuantiti yang banyak
  • Cepat rasa haus dan dahaga
  • Lapar yang berlebihan atau makan dengan banyak
  • Urin mengandungi paras gula yang tingg
  • Berat badan turun mendadak.
  • Rasa kebas pada hujung saraf telapak tangan dan kaki.
  • Cepat penat dan lemah sepanjang masa.
  • Mengalami rabun penglihatan
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah terkena jangkitan kuman

Seseorang dikatakan menghidapi kencing manis apabila paras gula dalam darahnya melebihi 7.0 mmol/L(berpuasa) atau 11.1 mmol/L (tidak berpuasa.)

Namun kebanyakan gejala diabetis hanya berlaku apabila gula dalam darah melebihi 15mmol/L 

Selain mendapatkan rawatan di hospital dan bergantung dengan ubatan atau insulin,penghidap kencing manis juga sangat memerlukan suplimen untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

Suplimen yang betul juga membantu memgawal gula dalam darah pada tahap yang normal.

Berikut adalah beberapa produk/suplimen yang sesuai untuk penghidap kencing manis .



Vivix
Bertindak pada peringkat sel untuk perbaiki sel pancreas.Revestrol dalam vivix juga akan membantu menurunkan gula dalam darah

Ostematrix
Untuk atasi masalah kebas-kebas dan sengal pada sendi.

Vitamin C
Untuk membantu percepatkan penyembuhan luka kerana kebiasaannya penghidap kencing manis akan mengambil masa yang lama untuk sembuhkan luka.

Alfafa
Untuk masalah kebas-kebas.

ESP
Kerap kali kita lihat,penghidap kencing manis akan mudah letih.Jadi ESP sangat di syorkan kepada mereka untuk tambah tenaga dan sentiasa bertenaga sepanjang hari.ESP mengandungi indeks glasemik yang rendah dan selamat di amalkan oleh penghidap diabetes.

Omega
Membantu mengatasi masalah pada sendi.

Perfomance Drink
Membekalkan bendalir dalam badan.

Bcomplex
Untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

*Sebenarnya,kesemuai vitamin Shaklee boleh di amalkan.Tetapi sebaiknya kenalpasti dahulu simptom atau gejala yang anda alami supaya syila dapat syorkan suplimen yang sesuai untuk masalah anda.

Jangan skip atau tinggalkan ubatan tanpa arahan daripada doktor.Apa pon,pastikan anda mengawal pengambilan makanan dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Anda boleh hubungi syila untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee.



Syila Abdullah
ID1220375
SMS/Whatsapp 0195461765
Emel : syilaabdullah2@gmail.com


Saturday 18 November 2017

Adakah anda mengalami masalah pada kelenjar TYHROID?

November 18, 2017 0 Comments



Thyroid ialah organ yang terletak dileher manusia dan ia berfungsi mengawal pengeluaran metabolisma dan beberapa fungsi utama tubuh.Biasanya kelenjar tiroid bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila sudah penuh dalam darah.
Apabila terjadinya masalah pada tiroid, ini yg akan membuatkan tubuh kita menjadi lemah.

Masalah pada thyroid mungkin tidak dapat hilang begitu sahaja,tetapi kita dapat mengawalnya dengan ubat,rawatan doktor dan juga pengambilan suplimen.

Penyakit tiroid terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

1.Hypertiroid 
2.Hypotiroid 

Hypertiroid
-Masalah haypertiroid adalah hormon tiroid yg berlebihan dlm darah. 
Tanda-tanda jika anda mengalami hypertiroid ialah :-

-Denyutan jantung yg laju
-Gelisah 
-Timbul perasaan marah
-Hilang berat badan.
-Keguguran rambut
-Sukar utk tido
-Kurang daya tahan kepanasan
-Haid tidak teratur
-Osteoporasis 
-cirit birit 

Bagi pesakit hypertiroid,terdapat beberapa suplimen yang membantu mengawal simptom ini.


Antara suplimen yang boleh diamalkan oleh pesakit Hypertiroid adalah:'

Vivix: membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu memerangi radikal bebas. Kajian menunjukkan pesakit hipertiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah.
ESP: Membantu menghalang pengeluaran hormon tiroid, mengurangkan paras hormon tiroid
Ostematrix: hipertiroid dikaitkan dengan pengeluaran kalsium dan fosforus melalui air kencing / najis menyebabkan pesakit kehilangan mineral tulang. Pengambilan ostematrix membantu mengelakkan pesakit hipertiroid terdedah kepada masalah osteoporosis.
Vitamin C: menyokong sistem imun kepada pesakit hipertiroid.

Vitamin E: mengandungi selenium semulajadi yang membantu penukaran kepada T3. Salah satu penyebab hipertiroid adalah autoimun atau kehadiran antibodi dalam sel tiroid. Vitamin e membantu mengurangkan antibodi ini. Vita E juga membantu memerangi radikal bebas. 


Masalah thyroid yang kedua adalah Hypotiroid
Hypotiroid ialah Hormon tiroid yang kurang dalam darah.

Simptom hypotiroid:-

-Kurang bertenaga 
-Rasa sejuk 
-Denyutan jantung perlahan 
-Stress
-Penambahan brt bdn
-Daya ingatan semakin berkurang 
-kulit semakin kering 
-Rambut gugur 
-Sembelit 
-Beguk 


Bagi pesakit hipotiroid,anda boleh amalkan suplemen berikut:



Vivix: membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu memerangi radikal bebas. Kajian menunjukkan pesakit hipotiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah.
Vitalea: membekalkan multivitamin lengkap kepada pesakit. Merupakan sumber iodin (punca hipotiroid dikaitkan dengan kekurangan iodin). Vitalea menambahkan keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif), membantu penghasilan tiroksin T4 (hormon tiroid tidak aktif) dan proses penukaran T4 kepada T3
Vitamin E: mengandungi selenium semulajadi ,yang membantu penukaran kepada T3. Salah satu penyebab hipertiroid adalah autoimun atau kehadiran antibodi dalam sel tiroid. Vita e membantu mengurangkan antibodi ini. Vita E juga membantu memerangi radikal bebas.

Vitamin C: menyokong sistem imun kepada pesakit hipotiroid
Bcomplex: berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid.


Kebanyakan simptom untuk kedua masalah thyroid ini hampir sama,tetapi simptom yang paling ketara untuk membezakan samada anda mengalami hypertiroid atau hypotiroid seperti berikut :-

Perbezaan yang paling ketara boleh nampak adalah seseorang yang mengalami hypertiroid akan cepat berpeluh,metabolisme tinggi,kurus,dan cepat buang air besar setiap kali selepas makan.

Bagi pesakit Hipotiroid ,mereka akan cepat naik berat badan,dan mempunyai beguk pada bahagian leher. 


*Penyakit tiroid bila-bila sahaja boleh berlaku.Jadi,dengan pengambilan suplimen ia dapat membantu mengawal atau mengurangkan simptom yang ada
.Penyakit ini tidak dikategorikan sebagai penyakit yang merbahaya,tetapi sampai bilakah kita nak layan simptomnya.

Dengan pengambilan suplimen yang sesuai,ia dapat membantu mengurangkan atau mengawal simptom masalah pada kelenjar thyroid.

Jika anda ingin mendapatkan suplimen atau sebarang pertanyaan lanjut,anda boleh menghubungi syila pada salah satu medium berikut.

Syila Abdullah
ID1220375
Sms/Whatsapp :0195461765
Emel :syilaabdullah2@gmail.com


Thursday 16 November 2017

Kenali punca jeragat dan cara untuk mengatasinya

November 16, 2017 0 Comments

Wajah yang cantik dan bersih sangat diimpikan oleh semua wanita termasuk lah syila sendiri.Walaupon syila menutup wajah ketika keluar rumah,syila sangat-sangat menjaga penampilan diri dan kebersihan kulit wajah.

Harini syila nak berkongsi punca-punca jeragat dan bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah jeragat walaupon sudah meningkat usia.

Tahukah anda,jeragat adalah tompok-tompok hitam yang terdapat di muka.Bila timnulnya jeragat,kulit muka kita akan nampak kusam dan semestinya kurang berseri.Siapa suka bila jeragat timbul pada wajah kan?Syila pon tak suka.hihi

Walaubagaimanapon,anda tak perlu risau bila terdapat sedikit tompk-tompk hitam pada muka kerana ia adalah normal.Ia bermakna kulit kita bereaksi dengan normal.Jika anda salah menggunakan produk seperti produk yang mempunyai kimia yang berbahaya,ia dapat menghakis melamin kulit.

Skincare yang mempunyai kimia yang tinggi memang pada awalnya memberikan kesan yang cantik,glowing dan bersih.Tetapi lama kelamaan ia akan memberikan kesan yang teruk pada kulit wajah sehingga membuatkan anda malu untuk melihat wajah sendiri.

Kebiasaannya jeragat akan timbul pada beberapa bahagian pada muka iaitu pipi,dahi,hidung dan dagu.Tetapi kebanyakannya akan timbul pada bahagian pipi.

Tahukah anda,jeragat biasanya akan timbul pada usia 30tahun.Jarang sekali jeragat timbul ketika usia remaja tetapi ia tidak mustahil.Jika anda hampir atau sudah berusia 30tahun,atasi segera sebelum terlambat.







Punca-punca Jeragat :-

1.Terdedah kpd sinaran matahari @ sinar uv.

Sinar UV ni boleh merosakkan kulit kita..sebab ada radikal bebas.sinar UV ini bukan sahaja menyebabkan jeragat malah boleh menyebabkan kanser kulit.

So seeloknya before keluar rumah pakai la sunblock.

2.Tengah hamil

Sesetengah ibu hamil akan alami masalah kulit. Antaranya kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Ada yg lps bersalin masalah2 akan hilang tapi ramai juga ibu yang terus mengalami masalah ini termasuk jeragat.


3.Wangian

Bahan pewangi dan kosmetik boleh menyebabkan tindak balas dengan kulit dan boleh menyebabkan jeragat.

4.Hormon yang tidak stabil

Hormon tidak stabil (% hormon estrogen atau progestron yang tak normal) pun boleh jadi punca masalah jeragat.
Especially bila nak dekat menopous tu..
Sebab tu kalau kita perasan wanita2 40an-50an paling ramai ada jeragat.


5.Pengambilan pil perancang

Pil perancang ni boleh menyebabkan hormon jadi tak stabil..
Bila hormon tak stabil maka boleh menyebabkan jeragat.


6.Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Ubat merupakan punca jeragat yang jarang berlaku la. Tapi tetap ada.Ada sesetengah ubat boleh beri side effect pada keupayaan kulit. Sebab ia melambatkan penghasilan sel kulit yang baru.Means kulit yang dah sepatutnya mati dan digantikan baru tetap ada dekat muka dan akhirnya akan terjadi la tompok-tompok jeragat.

7.Menghidap hipotiroid

Bagi pesakit hypotiroid, ini berlaku disebabkan paras hormon tiroid yg rendah.


*Kebanyakan yang mengalami jeragat biasanya kerana terdedah kepada cahaya matahari,pengambilan pil perancang dan menopaus.


Anda tidak perlu risau kerana kita juga boleh mengatasi masalah jeragat dengan mengamalkan suplimen dibawah.Sebelum itu,perlu lah diketahui apakan punca yang menyebabkan timbulnya masalah jeragat.











Apakah suplimen yang boleh diambil untuk mengatasi atau mengelakkan terjadinya jeragat :-

vivix
vita c
vita e
gla
kolagen

Tahukah anda,jeragat tidak akan hilang dengan mudah hanya dengan mencuci muka sahaja.Sebab itu pengambilan suplimen sangat penting bagi mengatasi masalah jeragat.


VIVIX

Sebab vivix ni tinggi dengan antioksidan..
Antioksidan ni membantu neutralkan tindakan radikal bebas penyebab jeragat..
So kalau rasa jeragat berpunca daripada sinar uv boleh la consume vivix.

GLADidalam GLA mengandungi epo (evening primrose oil) bagus untuk seimbangkan hormon..
Kalau dapat kenal pastu jeragat itu berpunca dari menopous, period tak stabil, pengambilan pil perancang,GLA is the best choice untuk anda.

VItamin C

Vitamin C  membantu mencerahkan tompok-tompok jeragat.
Banyak sangat manfaat yang anda akan dapat jika mengamalkan vitamin C bermula dari sekarang.Vitamin C shaklee yang tinggi antioksidan,merangsang pengeluaran collagen,membantu sel baru dihasilkan.Jadi,anda tidak akan rugi jika mengamalkan vitamin C shaklee setiap hari.

Tahukah anda.tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri dan sebab itulah kita sangat memerlukan pengambilan Vitamin C setiap hari.


VITAMIN E COMPLEX

Kelebihan Vitamin E complex shaklee :-


-Tinggi dengan antioksidan
-Membantu pudarkan parut @ jeragat ni
-membantu pemulihan sel
-Boleh dijadikan sunblock.(sape yang kena sunburn,Boleh ambil vita e untuk hilangkan kesan sunburn)


COLLAGEN POWDER


seawal umur 20an,tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan collagen.
Disebabkan itulah kita perlu mengambil makanan atau suplimen collagen.



Boleh hubungi syila untuk pembelian SET JERAGAT atau sebarang pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee.



Syila Abdullah
ID 1220375
Sms/Whatsapp : 0195461765
Emel : syilaabdullah2@gmail.com



Wednesday 8 November 2017

Pengalaman sedut kahak bayi di klinik Wangsa

November 08, 2017 2 Comments
Awal bulan 10,syila bawa Raesha pergi Sabah.Balik dari sabah dia mula jadi pening dengan perubahan cuaca.Pada awalnya syila ingatkan dia okey,esok sehari selepas sampai semenanjung,Raesha mula muntah selepas menyusu.

Panik juga la bila anak muntah selepas menyusu.Banyak sangat sampai keluar kahak hijau.Syila ingatkan sekali je tapi kerap.Jadi syila terus ajak suami pergi klinik Izham dan ambil ubat.Doktor hanya bagi ubat batuk/muntah dan jika keadaan berterusan sampai tengahmalam,kena bawa Raesha datang semula ke klinik untuk ambil Nebulizer.

Alhamdulillah,keadaan Raesha semakin baik sehingga esok pagi.Tapi bila dia stop muntah,dia cirit,dia stop cirit dia muntah dan macam tu la sehingga waktu petang.Petang tu juga pergi klinik Izham semula untuk dapatkan rawatan.Doktor bagi ubat cirit dan demam.

Biasa la budak-budak,bila dengan ubat bagaikan musuh.Susah sangat nak makan ubat sampai kena bedung.Tapi Raesha ni cerdik sangat.Dia tahan ubat tu dalam mulut dan bila dia bangun dia akan keluarkan semula ubat tu.

Hampir seminggu juga la Raesha hadapi cirit tu dan 3-4 kali juga syila dan suami bawa dia ke klinik.Selepas pada tu Raesha demam,batuk dan selsema.Batuk sewaktu tidur sangat mengganggu Raesha dan ofcourse syila juga.Kesian bila tengok dia batuk sampai merah muka-muka.Makan ubat batuk yang doktor bagi pon tak jalan juga.

Ikhtiar juga dan cuba survey petua untuk kurangkan batuk tapi masih tiada hasil.Suatu hari syila nampak ada seorang rakan Facebook bagi tahu ada satu klinik dekat wangsa maju yang pakar sedut kahak baby.
Image result for klinik wangsa dokter nadir khan

Esok pagi seawal pukul 8.30 pagi,syila dan suami terus ke klinik tersebut.Oh ya,nama klinik tu KLINIK WANGSA,DOKTOR NADHIR DAN RAKAN-RAKAN.

Masa sampai tu,memang dah ramai orang.Bayangkan lah pukul 8.45 dan syila dapat nombor 37.Memang ramai sangat parents yang bawa anak dari bayi sehingga la anak yang dah dewasa untuk dapatkan rawatan di klinik wangsa ni.

Image result for klinik wangsa dokter nadir khan

Tapi anda tak perlu risau untuk menunggu lama.Jika nombor anda lambat lagi,boleh balik dulu atau pergi mana-mana.Jangan lupa untuk tanya kepada staff tersebut pukul berapa anda sepatutnya ada diklinik ataupon boleh juga call dahulu sebelum datang semula ke klinik.Jika nombor anda terlepas,boleh bagi tahu dekat staff dan mereka akan panggil anda selepas itu.

Doktor Nadir sangat friendly dan mesra kanak-kanak.Dia juga akan ajar parents bagaimana nak buang kahak bayi sendiri bila kita di rumah.Banyak info dan konsultasi yang doktor Nadhir bagi.Disebabkan Raesha tak ada family history seperti asthma,sesak nafas dan sebagainya,doktor hanya berikan ubat selsema,batuk dan cairkan kahak.Jika dalam masa tiga hari masih tiada perubahan dan semakin teruk,boleh bawa semula bayi ke klinik untuk doktor bantu sedut kahak bayi.

Selepas 3 hari,keadaan Raesha macam makin teruk dan boleh dengar dia batuk berkahak.Jadi,syila dan suami bawa Raesha semula ke klinik wangsa dan sedut kahak Raesha.Memang banyak kahak Raesha yang keluar.

Semestinya anak akan mengamuk sebab kita pegang kaki dan tangan dia.Tapi selepas itu dia akan rasa lega sebab kahak semakin berkurang.

Oh ya,puasakan anak selama 2jam sebelum proses sedut kahak supaya bila sedut kahak nanti bukan susu yang keluar.

Jumlah yang perlu dibayar kali pertama  adalah RM60.Kali kedua kami pergi hanya jumpa doktor dan sedut kahak adalah RM90.Total Rm150 including ubat.

Jadi,jika anak anda ada masalah batuk  yang tak berkesudahan dan semakin teruk sehingga mengganggu penafasan anak,silalah bawa anak anda berjumpa doktor.

Klinik Wangsa ni hanya ada di WANGSA MAJU,Kuala Lumpur sahaja.

Terima kasih sudi baca penulisan syila.Semoga anak anda cepat sembuh.Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di ruang komen.

Resepi Sosej HomeMade paling Sedap dan halal

November 08, 2017 0 Comments
Foto Resepi Sedap.

Zaman sekarang ni terlalu banyak makanan yang berproses.Ia sangat tidak baik untuk kesihatan jangka masa yang panjang.Pelbagai penyakit yang kita boleh dapat jika kerap mengambil makanan yang diproses.

Kita tidak tahu bagaimana cara penyediaannya.Adakah bersih dan halal sepertimana kita sendiri yang membuatnya dirumah.Kasihan anak-anak jika kita biarkan mereka makan makanan yang berproses hampir setiap hari.

Apa kata anda mencuba resepi SOSEJ HOMEMADE yang paling sedap dan rasa yang sama sepertimana anda membeli di luar.

Berikut syila kongsi bahan-bahan dan cara-cara penyediaan SOSEJ HOMEMADE yang pastinya akan membuka selera anak anda.

Hanya menggunakan bahan bahan mudah yang dalam simpanan saja mengikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan
-3 keping dada ayam berat agak2 200g setiap satu
-Sebiji bawang besar atau bawang kecik pon boleh letakla 3 ke 4 biji
-Cili kering 2 jika suka pedas saya tak letak nak bagi anak makan..
-4 ulas bawang putih
-Sedikit lada hitam jika suka
-Sedikit garam
-2 biji telur
-* 4 sudu tepung ubi
-Sedikit serbuk oregano jika suka
-Sedikit daun ketumbar -saya tambah sebab suka
-Sayur sayur macam carrot mushroom jika suka..saya takda stok tak letak..saya tambah capsicum (cili benggala) sikit tu ja ada

😂

Cara cara
Foto Resepi Sedap.
1.Potong kecik2 ayam..dan bahan2 lain kecuali tepung ubi * kemudian masukkan dalam food processer..blend halus kesemuanya ..
2.Kemudian masukkan dalam bekas dan tambah tepung ubi..
3.Kacau sebati..
4.Masukkan adunan ayam dalam piping beg.
5.Kemudian paip masuk dalam plastik aiskrim atau boleh paip atas cling flim dan gulung ketat2 ..pintal kedua dua hujung ..sebab nak bentuk ala2 sosej kenn...
Proses nak masukkan dalam plastik aiskrim tu kena sabaq jugak na sebab tak senang sangat sebab bila padat takda ruang udara susah nak penuhkan plastik eskim- sebab tu sosej kita pendek2 tu ja 🤣🤣🤣 heehe tapi takpa buat slow slow dah dapat rentak mudahla jadinya..buat sampai habis..
6.Dah siap boleh la direbus atau dikukus lebih kurang 15minit atau sehingga masak ya...saya kukus..
Foto Resepi Sedap.

Tips:
kalau yg tak mau kukus atau rebuis pakai plastik ala-ala health conscious bolehla frozen dulu bagi keras,kemudian buang plastik baru rebus atau kukus,tapi saya rebus ja terus sekali.
sekali ja nak buat.InsyaAllah yakin.

Ok dah siap dah sosej kita.Nak makan macam tu saja pon boleh..nak grill pon boleh.

Yang lebih tu bulehla nak frozen..
SELAMAT MENCUBA 😍
Kredit resepi ini kepada zaini talib via masak apa hari ni (Facebook)

Friday 3 November 2017

Kenali 6 Punca Jeragat

November 03, 2017 0 Comments
Jeragat lebih dikenali sebagai adik jerawat.Syila pasti ramai yang mempunyai masalah jeragat tak kira usia samada tua atau muda.Jeragat adalah disebabkan oleh pembentukan minyak,sel-sel kulit mati dan juga bakteria dibahagian laing-liang muka terutamanya dahi,hidung,pipi dan dagu.

Anda perlu mengenal pasti punca jeragat supaya ia dapat cegah dan dirawat dengan baik.
Jeragat yang banyak pada bahagian kulit wajah boleh menyebabkan kulit menjadi kusam,tona tidak sekata dan kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

Jom kita lihat apakah punca jeragat pada kulit wajah.



Matahari
Sinaran Uv boleh menyebabkan terjadinya pigmentasi atau jeragat.Sinaran Uv juga boleh membawa kepada kanser kulit.

Ubatan
Pengambilan ubatan yang boleh memberi "side effect" juga menyebabkan terjadinya jeragat dan juga pengambilan ubat yang tidak diluluskan oleh KKM.

Kehamilan
Kebanyakan ibu hamil mengalami masalah ini kerana kekurangan nutrisi dan juga pembawakan bayi.
Tetapi ibu tidak perlu risau kerana kebiasaannya masalah jeragat ini akan hialng selepas anda melahirkan.

Rawatan hormon
Kajian menunjukkan rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon progesterone, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat. Punca jeragat ini menyebakan hormon menjadi tidak stabil. Jangan biarkan anda dibelenggu oleh masalah hormon!

Pemilihan produk yang salah
Sebagai wanita sudah pasti kita mempunyai keinginan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik,mulus,putih dan sebagainya.Tindakan segera kimia yang merbahaya itulah akan membuatkan kulit wajah semakun teruk sehingga menipiskan tisu dan terjadinya pigmentasi.

Penjagan muka yang tidak konsisten
Kebanyakan wanita tidak mengambil berat tentang kebersihan wajah.Selepas memakai solekan pada wajah dan tidak membersihkan terlebih dahulu sebelum tidur.Sifat sambil lewa inilah yang menyebabkan terjadinya punca jeragat.

Jangan biarkan kulit wajah anda dihinggapi tompok-tompok hitam.



Thursday 2 November 2017

Atasi Masalah PMS dikalangan wanita

November 02, 2017 0 Comments


PMS atau lebih dikenali sebagai masalah wanita terutama ketika di awal datang bulan (period).
Syila pernah tengok keadaan kawan-kawan ketika menghadapi masalah PMS ini.Sangat memertikan sehingga tak dapat bangun dan berjalan dengan baik.

Ada juga syila dengar masalah PMS akan hilang selepas berkahwin.Tetapi ada juga yang masih menghadapi masalah PMS ini walaupon sudah berkahwin.

Terdapat beberapa simptom yang dihadapi oleh wanita ketika berlakunya PMS ini.

Psikologi.

  • ketidakstabilan hormon
  • Keresahan
  • emosi yang tidak terkawal
  • kemurungan
  • Mudah lupa dan kurang tumpuan
  • Mudah rasa marah
  • Perubahan corak tidur
Fizikal.
  • Sakit kepala
  • Penahan cecair dan kembung
  • Peningkatan berat badan
  • Payudara mudah sensitif
  • Sakit dan tidak selesa pada bahagian abdomen
  • Cirit birit
  • Sakit belakang
  • Loya
  • Jerawat
  • Sawan,asma atau migrain.

Anda tidak perlu risau kerana masalah PMS ini dapat dikurangkan jika anda mengamalkan produk SHAKLEE.

Berikut adalah produk Shaklee yang sangat membantu mengurangkan simptom PMS.


InsyaAllah,selepas anda mengamalkan set PMS ini,syila yakin anda akan mendapat kesan yang sangat positif.
  • Emosi semakin stabil
  • Simptom PMS semakin berkurangan.
  • Sentiasa bertenaga.
  • Period berjalan dengan lancar dan teratur.
  • Kulit semakin cantik
  • Jerawat berkurangan

Untuk sebarang pembelian produk atau pertanyaan lanjut,anda boleh menghubungi syila dengan nombor yang tertera.

Syila 0195461765

Bahaya HFMD kepada kanak-kanak dan cara pencegahan.

November 02, 2017 0 Comments
Beberapa hari yang lepas syila ada kelas dengan pengusaha taska Shah Alam iaitu NEESA HALIM.
Topik yang dikongsikan adalah berkaitan HFMD.


HFMD adalah topik paling HOT kalau di taska .Orang kata seriau la .
Kalau taska suspect tiga kanak kanak HFMD ,TASKA akan ditutup selama sepuluh hari bekerja.

Definisi HFMD

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).
 HFMD adalah salah satu senarai penyakit berjangkit.

 Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan :

* cecair hidung
* air liur
* lepuh (blister)
* najis kanak-kanak yang dijangkiti
* sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD
Memang lumrah kanak kanak kecil especially baby dan toddler (1-2 tahun) memasukkan benda ke dalam mulut,tetapi bagaimana orang dewasa nak menghindar atau jaga kesihatan anak anak

Kanak-kanak boleh bermain seperti  biasa tetapi sebelum atau selepas bermain haruslah membasuh tangan dengan cara yang betul.

Sentiasa amalkan cara basuh tangan yang betul sebelum atau selepas makan.

Seperti yang kita lihat,kalau kita pergi supermarket kebanyakan parents akan meletakkan anak mereka didalam troli.Tahukah anda dengan cara ini juga anak anda boleh mendapat penyakit HFMD ini.

Kita tidak tahu siapa yang duduk atau menggunakan troli sebelum itu.Jadi,elakkan meletakkan anak anda didalam troli atau gunakan gel antibakteria.




 Tanda-tanda penyakit HFMD :-

-Demam,
-Luka (ulcer) di mulut,
-Ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.
-Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan,pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin).
-Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
 anak yang demam tiga hari konsisten suhu tinggi (tak kebah kebah) itu juga boleh jadi akan terkena suspect HFMD

Kawasan yang akan timbul ruam di bahagian badan kalau suspect HFMD adalah :-
  • Bahagian tempat membuang air akan ada biji-biji kecil.
  • Dalam mulut ada ulser
  • Tepi mulut ada biji,bawah kaki dan hujung celahan tangan ada biji berair.


Nasihat kepada ibubapa /Penjaga :-
  • Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD.
  • Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk.
  • Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri.
  • Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
  • Pastikan ibubapa menjaga kebersihan ketika menjaga anak HFMD takut terkena pada adik beradik yang lain.
  • Pastikan menukar alas atau tempat tidur/ tuala / pakaian.



Pencegahan

  • Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya.
  • Ahli keluarga diasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • 💝Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • 💝Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • 💝Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • 💝Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • 💝Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda HFMD.


Suplimen atau produk yang boleh digunakan untuk membantu anda dan anak anda ketika terkena penyakit HFMD :-


Basic H.
Anda boleh menggunakan basic H untuk membersihkan segala alat permainan dan barang-barang yang telah digunakan.

Nutriferon.
Nutriferon sangat membantu meningkatkan imunisasi anak anda ketika HFMD.Selain itu,ia juga membatu mempercepatkan proses penyembuhan.InsyaAllah.


Hubungi syila untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk dan pembelian set HFMD.