Wednesday 8 November 2017

# Resepi

Resepi Sosej HomeMade paling Sedap dan halal

Foto Resepi Sedap.

Zaman sekarang ni terlalu banyak makanan yang berproses.Ia sangat tidak baik untuk kesihatan jangka masa yang panjang.Pelbagai penyakit yang kita boleh dapat jika kerap mengambil makanan yang diproses.

Kita tidak tahu bagaimana cara penyediaannya.Adakah bersih dan halal sepertimana kita sendiri yang membuatnya dirumah.Kasihan anak-anak jika kita biarkan mereka makan makanan yang berproses hampir setiap hari.

Apa kata anda mencuba resepi SOSEJ HOMEMADE yang paling sedap dan rasa yang sama sepertimana anda membeli di luar.

Berikut syila kongsi bahan-bahan dan cara-cara penyediaan SOSEJ HOMEMADE yang pastinya akan membuka selera anak anda.

Hanya menggunakan bahan bahan mudah yang dalam simpanan saja mengikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan
-3 keping dada ayam berat agak2 200g setiap satu
-Sebiji bawang besar atau bawang kecik pon boleh letakla 3 ke 4 biji
-Cili kering 2 jika suka pedas saya tak letak nak bagi anak makan..
-4 ulas bawang putih
-Sedikit lada hitam jika suka
-Sedikit garam
-2 biji telur
-* 4 sudu tepung ubi
-Sedikit serbuk oregano jika suka
-Sedikit daun ketumbar -saya tambah sebab suka
-Sayur sayur macam carrot mushroom jika suka..saya takda stok tak letak..saya tambah capsicum (cili benggala) sikit tu ja ada

😂

Cara cara
Foto Resepi Sedap.
1.Potong kecik2 ayam..dan bahan2 lain kecuali tepung ubi * kemudian masukkan dalam food processer..blend halus kesemuanya ..
2.Kemudian masukkan dalam bekas dan tambah tepung ubi..
3.Kacau sebati..
4.Masukkan adunan ayam dalam piping beg.
5.Kemudian paip masuk dalam plastik aiskrim atau boleh paip atas cling flim dan gulung ketat2 ..pintal kedua dua hujung ..sebab nak bentuk ala2 sosej kenn...
Proses nak masukkan dalam plastik aiskrim tu kena sabaq jugak na sebab tak senang sangat sebab bila padat takda ruang udara susah nak penuhkan plastik eskim- sebab tu sosej kita pendek2 tu ja 🤣🤣🤣 heehe tapi takpa buat slow slow dah dapat rentak mudahla jadinya..buat sampai habis..
6.Dah siap boleh la direbus atau dikukus lebih kurang 15minit atau sehingga masak ya...saya kukus..
Foto Resepi Sedap.

Tips:
kalau yg tak mau kukus atau rebuis pakai plastik ala-ala health conscious bolehla frozen dulu bagi keras,kemudian buang plastik baru rebus atau kukus,tapi saya rebus ja terus sekali.
sekali ja nak buat.InsyaAllah yakin.

Ok dah siap dah sosej kita.Nak makan macam tu saja pon boleh..nak grill pon boleh.

Yang lebih tu bulehla nak frozen..
SELAMAT MENCUBA 😍
Kredit resepi ini kepada zaini talib via masak apa hari ni (Facebook)

No comments:

Post a Comment