Monday 28 August 2017

PRODUK UNTUK WANITA

August 28, 2017 0 Comments
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih sudi membaca penulisan syila. Harini syila nak berkongsi produk pertama syila dapat jual selepas sign up untuk buat bisnes shaklee. Sangat membanti wanita dan remaja yang mempunyai masalah hormon yang tidak seimbang.

Orang nampak sale kita yang sekarang. Tapi orang tak nampak macam mana kita nak menapak dan bangun untuk dapatkan sale yang macam sekarang ni atau lebih lagi.

Syila tahu, semua orang ada pengalaman dalam bisnes. Bermula dari ZERO  yang tak tahu apa itu bisnes dan bagaimana nak menjual.Syila dah lalui semua tu dan memang akan sentiasa dapat pelbagai cabaran dalam bisnes. Lumrah beb dalam bisnes terlalu banyak cabarannya. Sebab tu hati kena kental, jiwa kena kuat, rohani dalam diri kena lebih lebih kuat.

Permulaan bisnes shaklee, memang awal tu bagi syila susah. Eh ada ke orang nak beli suplimen ni. Macam² ada dalam fikiran. Yes apa yang kita fikir memang itu yang kita dapat. Tak ada customer. Bila baca sharing tentang produk shaklee masa awal² buat bisnes dulu rasa malu pon ada. Tetapi itulah yang membuatkan syila jadi macam sekarang ni.

Jangan pernah malu untuk tingkatkan skill kita. Sentiasa baca dan korek ilmu daripada orang berpengalaman. Bila ada anak bisnes bagi tau first² dia hanya dapat jual BCOMPLEX sahaja, syila cakap bersyukurlah kerana itu juga rezeki.

Mula² memang sikit, tapi Allah takkan sia siakan sesiapa sahaja yang berusaha dan terus berusaha. Pernah dengar pepatah kan siapa berusaha dia akan berjaya.

Vitamin yang PERTAMA syila dapat jual adalah GLA COMPLEX. Masa tu rasa nak nangis gembira pon ada bila orang whatsapp nak order suplimen.Masa tu customer cari GLA COMPLEX untuk kembalikan semula kitaran haid.Dari zaman anak dara sampai dah berkahwin kitaran haid masih tak teratur.


KEBAIKAN GLA COMPLEX
======================
-Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.

-Melegakan PMS

-Membantu dalam menangasi menopous

-Menguatkan dinding arteri

-Menguatkan sistem imun badan

-Menguatkan kuku dan rambut

-Memperbaiki tekstur rambut

-Membantu mengurangkan keradangan kulit ,ekzema, kulit kering.

-Menghalang tekanan darah tinggi

-Membantu meningkatkan kesuburan bagi mereka yang ingin HAMIL.

.
.
Bermula dengan vitamin pertama la buatkan kita sentiasa nak upgrade ilmu dan lebih banyak info tentang produk shaklee.

Whatsapp je syila kalau nak order GLA okey.

0195461765

#GempakBintang
#GempakGegarBintang

KEGUNAAN BASIC H SHAKLEE

August 28, 2017 0 Comments



Sebagai suri rumah, basic H sangat memudahkan kerja syila. Suka sangat dengan pencuci serbaguna shaklee ni. 
Memang sangat membantu memudahkan kerja ibu dirumah. Pencuci yang selamat dan semulajadi, memberikan kesan yang bersih dan ceria untuk kehidupan mommy. 

Dulu syila beli basic H ni sebab banyak sangat semut atas lantai. Stress tau walaupon lantai nampak bersih. Lepas je guna Basic H semut semakin berkurang. Kalau tak, sehari berapa kali tak tau la asyik spray semut tu. 

Cuba la search apa lagi kegunaan basic H ni. 
Eh boleh basuh buah dengan basic H beb. Buah dan sayur nampak segar dan bersih. Memang super duper best. 

Oh ya, kalau sofa atau dinding dekat rumah ada tulisan kreatif anak²,mommy boleh juga guna basic H ni. InsyaAllah tulisan kreatif tu hilang dan dinding kembali bersih. 

Mommy juga boleh guna basic H untuk mop lantai dan juga mencuci peralatan memasak. 

Hanya sedikit Basic H mampu menceriakan dan memudahkan kerja mommy dirumah. 

Memang sangat jimat weh. 

Nak order boleh direct whatsapp syila ye.

Syila
0195461765

Sunday 27 August 2017

UDANG CELUP TEPUNG PALING SIMPLE DAN SEDAP

August 27, 2017 0 Comments
Resepi Hujung minggu??

Tak adalah yang istimewa sangat resepi hujung minggu.
Biasanya akan masak lebih dari 2 jenis lauk. hihi.

Kesukaan suami udang atau sotong celup tepung. Resepi ni pon syila dapat dari FB juga. Mudah dan sodap.

UDANG CELUP TEPUNG.
====================

Bahan² :

Udang
Tepung Bestari
Telur *Tak guna telur pon tak apa *
Minyak

CARA :

1.Basuh udang bersih² ye dan toskan.
2.Pecahkan telur, celup udang dalan telur.
3.Panaskan minyak yang banyak agak² udang boleh tenggelam la ye. Jangan bagi dia bernafas. hahaha.
4.Ambil udang yang dah disalut dengan telur, salut udang dalam tepung bestari. Biarkan sekejap. Bila minyak dah panas goreng la. 😝
5.Jangan masak lama sangat nanti hangit. Agak warna dah cantik tu, angkat la yo.



Taraaa. Udang celup tepung versi syila anak kecik. haha.
Sangat sedap bila dimakan bersama air tea O'panas. hihi

 Nak buat ayam goreng macam KFC pon boleh. Kompen tiap² minggu hampa nak buat.

*Tepung bestari boleh beli dekat pasaraya ye. Shaklee tak jual 😝



Selamat Mencuba.

Friday 25 August 2017

CARA URUSKAN KERJA HAKIKI DAN BISNES.

August 25, 2017 0 Comments


Yes, syila suri rumah tak ada tangga sepenuh masa. Ini adalah kerja hakiki syila.Walaupon hanya suri rumah, pasti ada rutin tersendiri macam wanita yang bekerja diluar.

Bak kata kakak syila "kerja orang perempuan takkan pernah habis selepas bergelar isteri".

Syila faham, ramai ibu diluar sana kadangkala mengalami tekanan apabila melibatkan pengurusan masa dan keluarga. Syila yang duduk rumah pon rasa penat, apatah lagi wanita yang bekerjaya diluar sana. Dalam masa yang sama syila juga menjalankan bisnes shaklee yang membantu orang lain untuk lebih sihat dan gembira.

Bisnes yang dilakukan secara atas talian sebenarnya tiada had masa. Customer boleh whatsapp bila bila masa sahaja yang mereka suka. Tapi bagaimana syila menguruskan kedua kerja ini dengan baik supaya tiada istilah "yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran".

Syila nak berkongsi sedikit tips bagaimana nak menguruskan kerja hakiki dan bisnes dengan baik.Cara ini boleh juga diamalkan oleh suri rumah atau wanita yang bekerjaya.


1.TO DO LIST
Teknik ini syila belajar daripada upline. Series, dulu tak pernah fokus sangat cara ni. Masa belajar pon syila buat tapi tak selalu. Bila terlalu banyak assigment baru jadinya to do list ni.

Listkan segala perkara yang kita perlu buat setiap hari. Selepas dah siap list, susun atur semula dan pastikan anda letak kerja yang paling penting untuk disiapkan terlebih dahulu.

Cara ini sangat membantu supaya kerja hakiki dan bisnes dapat diselesaikan dengan baik.

2.BERDISIPLIN.
Walaupon anda sudah buat TO DO LIST  tetapi masih tiada disiplin, memang kerja takkan berjalan dengan baik.

Disiplin diri sangat penting supaya cara TO DO LIST  anda berjaya dan dapat dilakukan dengan baik.

Orang yang berdisiplin, memang akan sentiasa menjadi mudah segala kerja yang dia lakukan.


3.BERDOA.
Ingatlah, walau apapon yang kita lakukan, sentiasa lah memohon DOA  dan petunjuk supaya dimudahkan segala urusan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

Mohon lah supaya diberikan masa, kekuatan, tenaga supaya dapat menyiapkan segala kerja dengan baik dan diredhoi Allah.

Kerja akan sentiasa menjadi mudah jika kita meletakkan segala pergantungan hanya kepada Allah.
.
.
Hanya sedikit tips sahaja yang syila dapat kongsikan bersama anda. Nampak simple, tetapi jika anda berjaya melakukannya dengn baik, hidup akan sentiasa lebih ceria dan teratur.

Ingin mencari side income tanpa mengganggu kerja hakiki anda?

Hubungi syila untuk syila bantu anda.

SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
syila : 0195461765
Email : syilaabdullah2@gmail.com

#GempakBintang

Thursday 24 August 2017

PENTINGNYA ADA SIDE INCOME

August 24, 2017 0 Comments
Tak dinafikan lagi, hampir 90% barangan Malaysia naik harga. Hal ini sangat membebankan rakyat biasa dan yang mempunyai pendapatan bawah Rm5000.Tahukan anda, pendapatan dibawah Rm5000 tergolong dalam golongan miskin bandar.
Jadi, bagaimana pula dengan masyarakat yang mempunyai gaji Rm1500 ke bawah. Adakah dikira sebagai fakir miskin atau pengemis?

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dibebani dengan ekonomi yang turun naik, hutang keliling pinggang demi memperolehi kehiduapan yang sedikit selesa. Syila pernah hidup dengan duit sehari 20sen atau pon tak ada langsung perbelanjaan ke sekolah selama seminggu. Bukan berasal dari keluarga yang senang, tapi alhamdulillah rezeki Allah itu sangat luas.USAHA,BERDOA,TAWAKKAL pasti hidup kita akan lebih tenang dan sentiasa dimurahkan rezeki.



Zaman sekarang, kita tak boleh nak salahkan pemerintah seterusnya. Fikir lah yang baik baik. Mungkin digunakan untuk kepentingan rakyat dan kemajuan Malaysia. Syila nak ubah kedudukan dan pemikiran anda tentang masalah ekonomi yang tak menentu ni.

SIDE INCOME.

Guys, side income. Hanya 2 perkataan yang akan mengubah kehidupan anda kepada yang lebih baik.Sekarang ni kita tak boleh nak terlalu jimat sangat sehingga membebankan badan dan juga keluarga.

KEPENTINGAN SIDE INCOME?

1.Dapat menampung perbelanjaan keluarga.
Macam syila sendir, walaupon suami kerja tapi syila tetap memerlukan side income sendiri. Walaupon Rm50 tetapi dapat membantu meringankan beban suami dalam perbelanjaan keluarga membuatkan syila rasa sangat perlu ada side income ni.

2.Menabung untuk masa hadapan.
Sebagai syri rumah, syila pon ada impian sendiri. Bagaimana nak tunaikan impian syila?
Menabung dengan hasil daripada side income yang syila buat. Setiap kali dapat bonus daripada Shaklee, syila akan simpan separuh daripada duit bonus tabung masa hadapan.

3.Kes Kecemasan.
Kita tak tahu apa yang akan jadi secara tiba tiba dan bila bila masa sahaja. Jadi, disinilah fungsi dan kepentingan adanya side income.

4.Hutang.
Bayangkan, nak beli kereta dan rumah pon kita perlu membuat pinjaman loan untuk mendapatkan hidup yang lebih selesa Belum ditambah dengan hutang pendidikan dan sebagainya. Jangan panik, side income sangat membantu anda membiyai menyelesaikan hutang dalam masa yang singkat.

Syila sangat sarankan anda mempunyai side income supaya hidup lebih selesa dan lebih teratur.


Anda tercari cari SIDE INCOME  yang boleh dibuat bila bila masa dan dimana sahaja? Tanpa perlu mengeluarkan MODAL  yang besar?

semestinya BISNES SHAKLEE.

Hubungi syila untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes shaklee.



SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
Syila 
0195461765

Email : syilaabdullah2@gmail.com 

OBSES DENGAN WARNA

August 24, 2017 0 Comments
Assalamualaikum wbt. 

Hari ini syila rasa nak menulis secara santai je. 

Syila tahu, semua orang mesti ada warna kegemaran masing -masing. Ada yang suka warn ungu, merah, kuning, hitam dan lain-lain. Warna ni terlalu banyak sangat, pelbagai jenis. Kalau orang perempuan pergi shopping mesti rambang mata bila tengok warna cantik-cantik. 

Tapi bila cari barang kesukaan dia macam handbeg, cermin mata atau pon benda yang setiap hari dia tengok, confirm dia akan cari warna yang paling dia suka. Kebanyakan wanita rasanya lebih menyukai warna pink, tapi bagi syila warna pink tu biasa. 

Sejak dari sekolah rendah or menengah, syila memang suka warna biru. Rasa tenang dan cantik je setiap kali tengok barang yang syila suka tu ada warna biru. Bila tengok langit waktu petang atau pergi pantai, rasa terharu nak menangis tengok sungguh cantik ciptaan Allah.Dulu memang obses sangat dengan warna biru. 

Rasanya hampir semua peralatan sekolah kalau boleh nak warna biru. Masih ingat lagi,waktu sekolah syila dilantik sebagai pengawas pusat sumber. Kain warna hitam dan baju warna kekuningan. Boleh kira berapa kali je syila pakai masa dekat sekolah, selebihnya pakai kain sekolah budak biasa sebab ada warna biru. Cantik sangat tau warna biru ni. 



Sebelum kahwin ,memang angan² nak baju pengantin dan pelamin warna biru. Tak tahu la kenapa suka sangat dengan warna biru ni. Masa nak buat baju pengantin pon, tailor banyak kali kena confirm kan warna yang syila nak. Biru ni kan banyak jenis, so tak semua biru  syila suka.Hihi.

Masa cari baju baby pon warna biru. Tilam bantal pon warna biru. Sampai orang cakap, eh ummi Raesha ni minat warna biru sungguh la walaupon anak tu perempuan. 

Lepas Raesha lahir la baru syila slow² ubah hati cari warna selain biru. Sanggup ku korbankan warna kesukaan demi anak tercinta. Tapi pergi mana² pon mesti warna biru yang syila pegang. 

Kadang suami tegur juga, ummi ni tak ada warna lain ke selain biru. Now dah kurang warna biru. Tukar warna hitam pulak. haha. 
Baju raya pon rasanya banyak warna biru. Dalam almari ku lihat biru. Nasib la suami jenis tak kisan dengan warna. Pakai je warna apa yang syila pilih. 

Dalam banyak² barang syila memang warna biru. Tapi NIQOB  tak pernah sekali ada warna biru. Semua hitam. Masa nikah je pakai warna biru, itu pon sekali seumur hidup je kot nak pakai warna biru. 

Sekarang dah kurang obses dengan warna biru. Rasa macam dah tukar warna pula. Hitam dan grey. Gabungan warna yang meletop sangat cantik dimata syila. 

Baiklah. Selamat malam. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan santai syila. 



Wednesday 23 August 2017

BELI DENGAN SAYA

August 23, 2017 0 Comments
Nak kata pemalu tu mesti la ada. Orang yang syila baru kenal atau tak kenal memang tak bercakap selagi orang tak tegur.Tapi bila dah kenal rapat tahu la macam mana kan.

Setiap kali jumpa orang yang agak kenal rapat dengan syila, mesti diorang tanya tengah buat apa sekarang. Bila jawab buat bisnes shaklee, disinilah bermulanya cerita. hihi.

Pernah jumpa seorang kawan, tengah² sembang dia tanya pasal set hamil dan kecantikan.Syila sangat² suka berkongsi benda baik dan ilmu yang syila ada. Info yang syila tahu semua share dengan customer ataupon kenalan rapat.

Nak dijadikan cerita, kawan ni tengan pregnant. Dia tanya la macam mana pengalaman sepanjang mengandungkan anak sulung, ada apa² masalah ke alahan ke.

Alhamdulillah. Sepanjang mengandungkan Raesha syila sangat² menikmati dan enjoy the moment waktu tu. Now i is rindu bila dia buat tendangan penalti setiap malam. haha.

Kebanyakan kawan syila yang baru kahwin atau masih diawal kehamilan mesti tanya pengalaman dan pendapat. Seronok dan teruja berkongsi pengalaman ni.Terlalu indah moment menjadi seorang ibu.

Kawan² yang merancang untuk hamil, atau pon masih diawal kehamilan, boleh dapatkan SET PRENATAL dan KONSULTASI secara PERCUMA  dengan syila.

Ikhlas dari hati nak berkongsi kebaikan dengan kawan².


Syila
0195461765

5 PETUA IKHTIAR HAMIL

August 23, 2017 0 Comments

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai keinginan untuk memiliki zuriat secepat yang mungkin.Mungkin ada yang baru berkahwin dan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata dengan cepat. Ada juga yang masih menanti untuk mendapatkan cahaya mata berbulan² sehingga bertahun lamanya.

5 PETUA IKHTIAR HAMIL.

1-Berdoa.
Kuasa doa tersangatlah besar. Jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah supaya diberikan dan dimurahkan rezeki anak. Allah Maha Kaya, teruskan berdoa.Sentiasa jaga amalan rohani, insyaAllah dimakbulkan.


2-Makan suplimen.
Makan supliment set kesuburan suami isteri. Vitamin dan suplement dapat membantu untuk menstabilkan hormon kesuburan dan juga meningkatkan kualiti sperma yang boleh hidup lebih lama di dalam rahim wanita.

3-Ketahui waktu subur
Waktu subur adalah waktu yang paling bagus untuk persenyawaan berlaku. Waktu paling subur wanita adalah pada hari ke 14 (jika kitaran haid adalah 28 hari). Dalam tempoh dari hari hari ke-12 hingga hari ke-16, pasangan dinasihatkan untuk melakukan hubungan kelamin untuk meningkatkan peluang mendapat zuriat.

4- Elakkan Stress
Stress adalah salah satu penyebab kenapa kita susah hamil. Stress nie kadang-kadang kita tak nampak dan tak rasa pun. Tapi ia mempengaruhi emosi kita untuk bersama, emosi untuk bersuka dengan pasangan dan sebagainya. Bila kita stress nie, hormon kita akan jadi tak stabil dan akan menyukarkan peluang untuk lekat baby.

5-Berjumpa Dengan Doktor Pakar
Kita tak tahu masalah yang berkaitan dengan kesuburan diri kita melainkan berjumpa dengan doktor pakar. Doktor pakar akan buat check-up dan akan beritahu kita apa masalah kita.

Jadi, pada pasangan yang belum dapat rezeki lagi tu, pergilah jumpa doktor pakar dengan hati yang terbuka. Jangan ego dan takut dikecam keluarga. Ini adalah untuk kita cari pernyelesaian, bukannya untuk cari salah.
.
.
Sesiapa yang berusaha pasti ada  hasilnya. Jangan pernah berputus  asa.

Jika anda ingin mendapatkan set kesuburan atau sebarang pertanyaan, boleh la hubungi syila.

Syila
0195461765

#GempakBintang

Tuesday 22 August 2017

VITAMIN IBU MENYUSU

August 22, 2017 0 Comments
Semua ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Daripada alam rahim sehingga lah melihat dunia, semua nakkan yang terbaik.

Syila faham, semua ibu ada nekad untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya. Tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, terpaksa campur dengan susu formula atau stop terus penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Syila sendiri masih struggle menyusukan sikecil. Nekad dihati supaya dapat menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun.

Syila pon macam anda juga, mencari vitamin ibu menyusu yang terbaik dan juga sebagai milk booster. Alhamdulillah, sehingga kini anak masih dapat susu ibu sepenuhnya.

Hari ini syila nak berkongsi VITAMIN IBU MENYUSU yang syila amalkan sejak dari awal kelahiran Raesha.



SET MENYUSU PREMIUM.

👉Vitalea
Sangat diperlukan oleh ibu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin penting.

👉Bcomplex
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

👉Vitamin C
Sebagai antioksidan dan membantu menguatkan sistem imunisasi badan.

👉Alfafa
Raja segala tumbuhan. Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu (MILK BOOSTER) .

👉ESP (SOY PROTEIN)
Kompisis vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil.

Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien.

Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

👉Ostematrix
Dalam susuibu, antara kompisis vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia.

Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period), mendapati susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

Hubungi syila untuk dapatkan vitamin ibu menyusu sekarang.

SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
syila
0195461765

RAGAM CUSTOMER

August 22, 2017 0 Comments


Dalam dunia bisnes ni, kita mesti ada pelbagai ragam customer. Ada yang sangat² mudah close deal, ada yang terlalu cerewet, ada yang nak harga murah dan macam² lagi lah. 

Memang hati dan jiwa kena kental.Setakat customer reject tu perkara biasa. Setakat customer nak tanya suami tapi sampai setahun suami tak bagi jawapan itu pon lumrah berniaga. Sabar ye. 

Syila rasa nak berkongsi seorang ragam customer yang sangat tenangkan hati tiap kali baca mesej dia.Customer ni sangat mudah berurusan, syukur Allah hadirkan customer yang tak banyak kerenah. 

Dapat nombor syila dari kawan. Sangat sopan santun orangnya, baik je setiap kali balas mesej. Lama sangat tau dia dapat nombor syila daripada kawan tapi masih tak mesej².Syila okey je. 

Awal bulan ni dia mesej nak beli set kecantikan. Katanya stress dah cuba macam² produk tapi masih tak ada hasilnya. Muka berjerawat dan nampak kusam, ditambah pula dengan sunburn, memang hilang terus keyakinan diri bila nak berdepan dengan orang. 

Syila terus senaraikan semua produk berkairan kulit wajah. Sangat mudah berurusan dengan dia. Dia minta syila pilih yang mana terbaik dan sesuai.

Alhamdulillah, akhirnya close deal set kecantikan dan dia nak jadi ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan harga yang jauh lebih jimat. 

Syila memang akan berikan konsultasi sepenunhnya dekat customer yang berurusan jual beli dengan syila. Setiap pemilihan produk untuk customer berdasarkan bajet mereka,syila akan pilih yang terbaik. DONT WORRY. 

Syukur. Banyak feedback positif dari customer seorang ni. 

-Jerawat semakin berkurang
-Kulit wajah nampak sekata
-Badan lebih bertenaga
-Kulit lebih cerah
-Masalah sunburn selesai. 

Kepuasan hati syila bila tengok customer dapat kesan yang positif dengan setiap produk yang dia beli. 

Kualiti produk shaklee memang tak diragui lagi. 
Tukar brand produk anda kepada yang lebih baik. 

Cari shaklee? 
Cari syila. 


SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
Syila
0195461765

Monday 21 August 2017

BEST SANGAT KE SHAKLEE NI?

August 21, 2017 0 Comments



Kalau dah selesa dengan satu brand, memang syila akan setia sampai habis. *insyaAllah*

Dulu,ada pakai satu produk ni tapi kurang berkesan dekat syila sendiri so stop. 

Rasanya sesiapa pon yang cuba sesuatu produk,kalau sangat memberi kesan yang positif memang akan berkongsi dengan orang lain. 

Sama la macam syila. Kenapa masih setia dengan Shaklee? 
Jawapannya mudah. Sebab shaklee banyak mengubah hidup syila, menambah baikkan lagi kesihatan syila dan juga keluarga. 

Bila kita dapat kesan yang positif, rasa seronok sangat nak berkongsi dengan orang lain.Syila tak boleh nak stop setia dengan shaklee sebab banyak sangat manfaat yang syila dapat. 

Korang bayang kan kalau syila stop shaklee,takkan la nak tinggalkan kawan² yang masih tercari-cari produk dan suplimen yang terbaik dan dijamin 100% kualitinya. 

Seronok buat bisnes shaklee ni bila sentiasa dapat feedback positif dari customer. 

🌿 Tiada lagi masalah jerawat dan kulit kusam. 
🌿Masalah sembelit dah hilang. 
🌿Luka jahit selepas bersalin baik dengan cepat. 
🌿Masalah resdung dah semakin berkurang. 
🌿Ikhtiar hamil dengan shaklee. 
🌿Mak ayah semakin bertenaga, nampak sihat dan ceria lepas makan suplimen.
🌿Dapat turunkan berat badan dengan gaya hidup dan bantuan dari suplimen shaklee. 

Ya Allah banyak sangat feedback positif yang boleh mengalirkan air mata ni sebab terlalu gembira. 

Allah dorongkan syila untuk buat bisnes shaklee supaya syila dapat bantu lebih ramai orang untuk sihat dan selesaikan masalah kesihatan yang mereka hadapi. 

Nak risik² produk shaklee?
Direct je Whatsapp syila. 

www.wasap.my/60195461765
www.wasap.my/60195461765
www.wasap.my/60195461765



RESEPI DAGING BLACKPEPPER PALING MUDAH

August 21, 2017 0 Comments
Musim korban pon dah tak lama lagi. 

Meh la sharing resepi nak masak apa untuk daging korban nanti.

Resepi ni paling simple dan cepat untuk mommy yang ada anak kecil macam syila. hihi. 


RESEPI DAGING BLACKPEPPER
==========================

-Daging *ikut suka nak banyak mana* hihi
-Bawang besar
-Cabai besar
-Halia
-Sos blackpepper
-Daun sup
-Air
-Minyak masak
-Carrot *option*

Cara :

1-Panaskan minyak dan masukkan daging. 
Goreng dalam 10-15 minit *jangan terlalu garing*.

2-Perlahankan api,kurangkan sedikit minyak. 

3-masukkan bawang besar, halia..Masak sehingga layu. 

4-Masukkan sos blackpepper. Agak² la ye. 
Masukkan sedikit air. *kalau nak kuah banyak tambah je la *😝

5-Biarkan sos dan daging sebati dan bersatu padu.

6-Masukkan cabai besar dan daun sup. 

7-Dah cantik dah comel,tutup api dan hidangkan. 


Simple sangat ni.hihi.

Chef² power jangan kecam ceq punya resepi nah. 
Versi mommy ada anak kecik. ngeh².

Jangan lupa kawal permakanan anda dimusim raya haji supaya kolestrol jahat tak berkampung didalam darah kita. 



Amalkan SET KOLESTROL  SHAKLEE yang dapat membantu mengawal kolestrol dalam darah. 

Ikhlas berkongsi,
syila. 

Sunday 20 August 2017

LANGKAH PENCEGAHAN OSTEOPORASIS

August 20, 2017 0 Comments

OSTEOPOROSIS atau TULANG RAPUH. 

Tulang rapuh lebih banyak terjadi kepada kaum wanita kerana penyusutan tulang berlaku dengan cepat yang dipengaruhi oleh hormon estrogen. 

Sebab tu, wanita yang datang haid,hamil,bersalin dan juga menyusu sangat perlu topup kalsium setiap hari. 

Semakin bertambah usia, semakin besar risiko untuk mendapat penyakit osteoporasis jika tidak dicegah dari awal. 

Langkah pencegahan Osteoporasis

3 cara mudah dan berkesan untuk mencegah dari berlakunya osteoporasis. 

-Kalsium
-Magnesium
-Vitamin D

Lelaki dan wanita yang berusi dari 18-50 tahun memerlukan 1000miligram kalsium setiap hari.
Semakin bertambah usia semakin banyak kalsium yang perlu diambil supaya dapat mengelakkan daripada terjadinya osteoporasis. 

Terdapat beberapa jenis sumber kalsium

-susu rendah lemak
-sayuran berdaun hijau gelap
-salmon atau sarden dengan tulang
-Ostematrix shaklee 

Selain kalsium, pengambilan vitamin D sangat penting bagi mencegah penyakit tulang rapuh. 

Vitamin D berfungsi meningkatkan kemampuan tubuh dalam menyerap kalsium. Banyak sangat kelebiham Vitamin D untuk tubuh badan. Nanti syila share next post. 

Vitamin D juga terdapat didalam ostematrix shaklee. 

Kalau anda jenis tak suka atau kurang minum susu, mesti ambil Ostematrix sebagai langkah pencegahan awal daripada terjadinya  osteoporasis diusia tua. 

Ostematrix  shaklee yang lengkap dengan KALSIUM, MAGNESIUM, VITAMIN D yang akan membantu menjaga 'bank tulang'.

Cepat² risik pil kalsium paling terbaik di abad ni. 

Whatsapp,
SYILA
0195461765

BISNES LAIN?

August 20, 2017 0 Comments
Assalamualaikum wbt. 


Semakin lama buat bisnes shaklee ni, banyak juga persoalan daripada orang sekeliling.
Tak nak buat bisnes lain ke? 
Tak nak buat dua bisnes ke? 

Sebenarnya bukan tak nak, tapi syila nak fokus. Syila dah pernah buat 3bisnes dalam satu masa dan lastly semua stop macam tu je sebab tak ada fokus. Habis modal dan masa macam tu je sampai tak nampak untung dekat mana. Sebab? pusing modal masuk dalam bisnes yang lain. 

Kalau la akan datang syila tak buat shaklee, syila akan pilih untul menjual produk orang juga.
Contohnya, jubah, pakaian muslimah dan yang lebih kepada islamik. Sebenarnya, dengan buat bisnes kita dapat ladang pahala. Semai benih-benih cinta kan islam dalam hati orang mukmin. 

Tapi sekarang, syila masih berdiri sebagai PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA.
Syila nak bantu orang lain untuk lebih sihat, selesaikan masalah kesihatan yang datang dan pergi, dekatkan diri dengan Allah. 

Banyak sangat yang syila belajar dan dapat daripada join bisnes shaklee. Sekarang, hati masih dengan shaklee. Doakan syila sentiasa setia dengan shaklee supaya dapat bantu orang lain untuk lebih sihat dan buat side income bermula dari 4 angka. 

Saturday 19 August 2017

WINDOW SHOPPING

August 19, 2017 0 Comments


Wanita dengan shopping memang tak dapat dipisahkan.

Siapa je tak suka shopping kan?
Tengah main fb pon boleh shopping kasut,beg,baju,set cantik 😂.

Syila kalau keluar pergi mall, suka window shopping je. Kalau berkenan pon, masuk tengok belek itu ini lepas tu keluar tanpa beli pon benda tu.

Suka tak semestinya memiliki kan? hihi.
Cukup sekadar tengok untuk lepaskan keinginan hati.

Kalau window shopping dekat fb, susah betul nak kikis perasaan "suka tak semestinya memiliki"😂.
Kompem ada juga yang melekat.Tapi sekarang dah pandai control semua tu sebab letak target nak beli something yang lagi best. Duit tu kumpul sendiri saja.

Syila suka shopping jubah ataupon niqob. Suka sangat la buat koleksi padahal bukan selalu pakai pon. hihi.

Tapi kan, sejak ada web LAZADA and SHOPEE ni, makin kuat pulak nafsu membeli tu. Tak noleh tengok barang murah, ada je yang akan masuk 'troli shopping'.
Lumrah orang perempuan kan suka tengok barang baru.

Apa pon membeli belah dengan bijak. Zaman ekonomi sekarang ni memang semua benda kena jimat. Sebab itu kebanyakan daripada kita ada side income.

Anda tengah tercari cari side income yang tak memerlukan anda keluarkan modal?. Nak syila bantu?

Hubungi syila segera.


SMS | WHATSAPP | TELEGRAM
0195461765

PRODUK UNTUK IBU BERPANTANG

August 19, 2017 0 Comments



kalau tengok ibu selepas bersalin, mesti wajah pucat dan tak bermaya. Maklumla, banyak tenaga dihabiskan ketika proses melahirkan.

Kebiasaannya ibu akan rasa lemah, tak bertenaga, sakit² badan dan sendi.Itu semua boleh diterjemahkan melalui raut wajah ibu yang nampak pucat dan kurang sihat.

Sedikit tips yang syila nak kongsikan bersama supaya ibu dalam pantang nampak cergas dan bertenaga.

1-Rehat dan tidur yang cukup.
Memang waktu dalam pantang, setengah ibu akan rasa tak cukup tidur sebab bayi baru nak sesuaikan diri dengan suasana baru. Rezeki masing²,ada bayi yang kurang meragam, ada bayi yang suka melekat je dengan ibu, ada bayi yang lebih suka tidur. hihi.

So mommy, bila bayi tidur ikut la tidur sekali.Daj habis bersihkan diri, tidur la dengan bayi walaupon hanya 15-20minit setiap kali bayi tidur.
Tidur pon membantu penghasilan susu yang sangat baik.

2-Berpantang cara tradisional.
Kalau tengok orang dulu, agak ketat ye proses berpantang. Ibu tak boleh dalam keadaan sejuk, pastikan badan sentiasa berpeluh. Makan makanan yang panas dan segar. Air pon haruslah suam panas.

3-Bertungku
Banyak sangat kelebihan bertungku ni. Kalau boleh 44 hari bertungku pon tak apa, lagi elok untuk tubuh badan.
Bertungku ni membantu melancarkan darah dan memanaskan tubuh badan ibu.

Best sangat bertungku ni tau.

4-Sauna dan Mandi air herba.
Masa berpantang dengan mertua, kena mandi air campuran herba. Best sebab lepas mandi akan rasa segar. Badan pon ringan dan wangi.

5-Amalkam suplimen sepanjang proses berpantang.

Masa berpantang Raesha, syila ada juga beli jamu tapi tak makan pon sebab baby ada kuning. Badan dah tak ada tenaga, jamu tak boleh makan, vitamin shaklee la penyelamat.

Set bersalin Shaklee lengkap dengan nutrisi yang diperlulan oleh ibu selepas bersalin. Sebab itu lah mommy yang amalkan set bersalin shaklee sentiasa nampak cergas walaupon baru seminggu berpantang.


~Semoga bermanfaat.

Nak risik² SET BERSALIN SHAKLEE?
Boleh terus hubungi saya.

SYILA
0195461765

Friday 18 August 2017

SAKIT TONSIL ANAK SEMBUH TANPA UBAT

August 18, 2017 0 Comments


Assalamualaikum wbt.

Harini saya rasa nak berkongsi tentang sembuhkan tonsil anak tanpa ubat.Kebanyakan anak-anak sekarang kerap demam disebabkan tonsil yang menyerang mulut mereka.Orang dewasa pon bila tonsil menyerang demam sampai tak boleh bangun apatah lagi anak-anak kecil kan yang masih tak pandai nak bagi tahu macam mana sakit tu dan hanya mampu menangis.

Demam tonsil ni kebiasaannya on off.Kejap suhu menurun kejap suhu tinggi sehingga boleh mencapai 40C.Anak yang sakit tonsil akan kurang selera makan atau hilang terus selera makan.

JENIS-JENIS TONSIL.

Semasa awal pembesaran,tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan.Tonsil akan melawan jangkitan kuman dan mulut kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman,tisu tonsil akan menghasilkan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil bengkak,menjadi radang dan membesar.Keadaan ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berusia 2-3 tahun.


keadaan tonsil yang bengkak


SAKIT TONSIL ANAK SEMBUH TANPA UBAT

Walaupon sakit tonsil ini nampak tidak merbahaya,tetapi tidak boleh dipandang remeh.Apa yang saya pernah lihat,kanak-kanak menjadi kurang aktif,kurang selera makan,demam yang turun naik,lebih suka terbaring,meragam. Kebiasaannya,sakit tonsil ini akan berlarutan sehingga seminggu.

Apabila anak diserang sakit tonsil,doktor akan berika antibiotik.Seperti yang kita tahu,antibiotik sangat pahit.Orang dewasa pon tak sanggup nak telan apatah lagi kanak-kanak.

2 PRODUK YANG MEMBANTU MENYEMBUHKAN SAKIT TONSIL.

Nutriferon
Immune Booster untuk aktifkan interferon (sistem pertahanan badan) di dalam badan.Sistem imun yang kuat membantu melawan jangkitan kuman pada tonsil.



Testimoni.






Mealshake

Multivitamin dan multimineral lengkap dengan protein untuk tampung keperluan nutrisi hariannya.Sangat digalakkan pengambilan Mealshake ini terutama jika anak tidak mahu dan tiada selera makan.
Mealshake dan Nutriferon boleh dicampur ke dalam susu anak-anak.
Selain itu,anda juga boleh membuat aiskrim daripada mealshake.Mealshake yang mempunyai rasa vanila pasti membangkitkan selera anak anda.

Gunakan resipi membuat aiskrim cara anda dan dicampurkan dengan perasa vanila (Mealshake).

Semoga anak anda kembali sihat,ceria dan aktif seperti sediakala.

Anda boleh mendapatkan produk ini dengan menghubungi saya.

Syila
Id 1220375
SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
0195461765

Email : syilaabdullah2@gmail.com

CARA SUPAYA PLATLET DARAH KEMBALI NORMAL KETIKA DEMAM DENGGI

August 18, 2017 0 Comments




Denggi merupakan penyakit yang berjangkit yang cukup berbahaya.Bahaya kerana ia berjangkit,iaitu boleh merebak melalui bawaan nyawa.Boleh membawa maut.

Sesiapa yang pernah kena demam denggi,akan tahu azabnya.Macam wanita yang bentan ketika dalam pantang,macam tu la rasanya bila demam denggi.Kebiasaannya demam denggi akan muncul tiba-tiba dengan bacaaan suhu yang tinggi.Antara 38C hingga 40C.

Pesakit demam denggi akan rasa sekejap demam sekejap okey.Siang anda rasa sihat,waktu malam suhu kembali tinggi dan berterusan selama sebulan jika anda tidak mendapatkan rawatan dengan cepat.

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya


Apa itu PLATELET.

Platelet amat penting dalam mekanisma hematosis yang membantu dalam proses pembekuan darah.
Platelet antara yang bertanggungjawab menyebabkan berhentinya darah tersebut.
Ia merupakan kompenen dalam darah yang sangat penting .

Jumlah platelet normal dalam darah tubuh manusia ialah sekitar 150,000 hingga 450,000 platelet per mikroliter darah..

CARA SUPAYA PLATELET DARAH KEMBALI NORMAL
Jadi ada 4 produK yang boleh membantu pesakiti demam denggi untuk mengawal bacaan platelets dan seterusnya membantu untuk lebih sihat dengan cepat tanpa perlu ditahan wad dalam tempoh yang lama.

Performance drink - Tinggi dengan iron untuk elakkan cecair dalam badan kurang dan elakkan dehidrasi penyebab renjatan, jadi pesakit tidak terhidrasi. 



2. Vitamin C - bantu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan membantu sel darah putih untuk bekerja dalam badan bagi mengelakkan simptom lebih teruk berlaku. 


3. Nutriferon - sebagai sumber interferon untuk bantu meningkatkan sistem imun melawan virus. 


4. ESP - untuk memberi bekalan tenaga kepada badan dan mengembalikan semula vitamin dan mineral dalam badan. Semasa demam denggi selaras dengan kehilangan air dalam badan, vitamin dan mineral juga turut hilang.




Bagaimana nak dapatkan suplimen demam denggi ni?

Boleh hubungi syila di talian berikut :

FB : syila abdullah
Id 1220375

SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
0195461765

Email : syilaabdullah2@gmail.com



Thursday 17 August 2017

3 CARA ATASI STRESS DENGAN MUDAH

August 17, 2017 0 Comments
Assalamualaikum wbt.


Semoga jiwa anda yang membaca blog saya sekarang dalam keadaan tenang walaupon fikiran agak stress.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk hilangkan stress. Ada yang meluahkan perasaan dekat orang yang dia percayai, ada yang suka makan, ada yang lebih banyak berdiam diri bila stress,ada yang suka membaca buku dan lain².

Bila bercakap soal stress, saya sendiri paling tidak suka jika fikiran dan mood saya dalam keadaan stress. Seharian saya boleh 'bad mood' jika masalah stress tak dapat dikawal dan diatasi denhan baik. Kalau dahulu, saya mudah marah orang jika saya dalam mood stress. Walhal orang yang bercakap dengan saya waktu itu pon akan kena tempias kemarahan saya. Masa muda remaja, darah panas dan cepat memberontak. Kadangkala tak dapat mengawal diri dengan baik. Maaf saya pohonkan jika ada yang terasa hati.

Bila semakin meningkat usia, perlahan lahan saya mengawal stress. Alhamdulillah, selarang saya dapat mengawal stress dengan baik. Terima kasih Allah diatas jalan YANG DIA berikan setiap kali saya dalam masalah ataupon fikiran tengah stress.

3 CARA ATASI DAN MENGAWAL STRESS DENGAN MUDAH.

1.Ambil wuduk.
Apabila anda berada dalam keadaan yang kusut, melangkah la ke bilik air dan ambil wuduk. Ikut tertib wuduk dari awal sampai habis. Ikhlaskan hati supaya Allah berikan ketenangan selepas kita selesai berwuduk. Air itu diciptakan untuk menenangkan. Berwuduk lah kerana wuduk ini besar fadhilatnya.


2.Baca AlQuran.
AlQuran ni mempunyai 1001 kelebihan dan manfaat. Sesiapa yang membacanya akan diberi ketengan jiwa dan juga fikiran. Bila kita membaca AlQuran, insyaAllah masalah stress dapat diatasi dengan baik. Setiap ayat-ayat Allah itu sangat memberi kesan pada hati manusia.

Lazimi lah diri dengan membaca AlQuran supaya apa jua masalah yang kita hadapi dapat dikawal dengan baik.



3.Berzikir.
Zikir itu terapi jiwa. Jadikan zikir sebagai amalan anda. Luangkan sedikit waktu untuk berzikir. Kerana zikir adalah makanan jiwa. Selalunya saya akan luangkan masa 10-15minit untuk membaca AlMathurat.

AlMahturat juga zikir. Setiap maksudnya sangat menenangkan jiwa.Sibuk macam mana pon, uangkan sedikit masa untuk berzikir ataupon membaca AlMathurat.

Semoga dengan sedikit perkongsian ringkas ini dapat membantu menenangkan jiwa anda.Berbalik lah kepada Allah dalam apa jua keadaan.

PRODUK TURUNKAN KOLESTROL DENGAN CEPAT

August 17, 2017 0 Comments

Assalamualaikum wbt.
Harini rasa nak berkongsi tentang kolestrol. Saban hari selalu saya dengan kawan² atau saudara terdekat terkena stroke, sakit jantung dan kematian. Kebanyakannya berpunca daripada kolestrol yang tidak dapat dikawal dengan baik.

Apa sebenarnya kolestrol ni?
Bahaya ke?

Kolestrol ada dua.
1-Kolestrol jahat
2-Kolestrol baik.

Kolestrol adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah.

Antara fungsi kolestrol adalah menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D.Ia dipanggil kolestrol baik.

Jika gaya hidup dan permakanan kurang sihat seperti makan makanan lemak tidak tepu, kurang bersenam, obesiti,merokok boleh menyebabkan kolestrol jahat berkumpul dalam dinding arteri.

Bila kolestrol tinggi, mula lah macam² penyakit senang datang.

Selagi boleh kawal, kawal ye.
Orang yang kurus pon banyak kolestrol, jangan cakap aku kurus aku tak banyak kolestrol. Nak tahu bacaan kolestrol tu bagus atau tidak, silakan pergi buat checkup.

Saya berkongsi sedikit tips yang dapat membantu mengawal kolestrol dalam darah.

TIPS MENGURANGKAN KOLESTROL DALAM BADAN.
======================================

1.Bersenam.
Bersenam membantu mengurangkan kolestrol dalam darah. Berjalan santai selama 45minit pon dikira senaman yang sihat kan.

2-Makan makanan yang tinggi serat.
Makanan yang tinggi serat membantu menyerap kolesterol.Lepas serat menyerap kolestrol, ia akan dibuang melalui najis bersama kolestrol yang diserap tadi.

3.Teh hijau
Teh hijau merupakan minuman yang kaya dengan antioksidan. Ia membantu meneutralkan radikal bebas.

4-Makan ikan.
Ikan mengandungi Omega-3 yang dapat membakar dan mengikis kolestrol.
Ikan laut dalam sangat tinggi dengan Omega-3.

Omega Guard shaklee diperbuat dari ikan laut dalan yang membantu mengawal kolestrol dalam darah.


5-Minum Vivix.
Menurut sebuah kajian, polyphenol yang biasanya terdapat dalam buah anggur terbukti menurunkan bacaaan kolesterol dengan berkesan.

Kolesterol terbentuk hasil dari oksidisasi lemak dari makanan. Polyphenol akan bertindak menghalang oksidisasi ini sekaligus menaikkan bacaan kolesterol HDL.

Vivix mempunyai antioksidan yang sangat tinggi. Vivix telah terbukti menurunkan bacaan kolesterol ramai pengguna.


Semoga ia dapat membantu anda mengawal kolestrol dengan baik. 
Anda boleh menghubungi saya dengan salah satu medium di bawah. 



SMS / WHATSAPP /TELEGRAM
Syila
0195461765

Wednesday 16 August 2017

PRODUK ON THE GO

August 16, 2017 0 Comments
Assalamualaikum wbt.

Setiap orang pasti ada satu barang yang dia memang akan bawa ke mana sahaja dia pergi.Syila pon tak terkecuali bawa barang yang syila rasa sangat- sangat penting ke mana sahaja syila pergi.Balik kampung,keluar pergi taman,jalan-jalan atau keluar pergi kenduri pon memang syila akan bawa.

Benda apa la tu ye yang istimewa sangat sampai ke mana pergi pon tetap syila bawa.
Kosmetik ke?
Telekung?
Handphone?
Tuala Wanita?

Yang tu benda paling basic yang wajib ada dalam beg orang perempuan kan.

Inilah satu-satunya produk shaklee yang menemani syila ke mana sahaja syila pergi,
Cream Herbal Blend Shaklee.

Krim ni syila beli sewaktu mengandungkan Raesha lagi.Selalu guna untuk elakkan stretch mark dan gatal-gatal badan disebabkan allergic waktu hamil.Memang ajaib tau.Tiada langsung kesan strecth mark,gatal-gatal badan pon hilang dalam masa 3 hari.Itu pengalaman semasa hamil.

Sekarang dah ada anak,syila gunakan krim ni untuk anak juga.Jimat dan berbaloi sebab tahan lama.Pergi mana-mana wajib bawa herbal blend shaklee ni.Kadang-kadang boleh share dengan orang terdekat kalau diorang ada masalah yang berkaitan dengan kulit.

Selalunya,sebelum ke taman permainan,syila akan sapu losyen ajaib ni ke seluruh tubuh badan Raesha untuk mengelakkan daripada di gigit nyamuk atau serangga.Biasa lah benda-benda macam ni datang tak dijemput.Dengan adanya losyen ajaib shaklee ni dapatlah avoid Raesha daripada benda-benda macam ni.

Bukan itu sahaja,selepas mandi kebiasaannya syila akan sapu krim ni sebelum pakai pampers untuk mengelakkan ruam lampin dan melecet.Kalau terkena gigitan serangga,terus je sapu herbal blend.Tak sampai beberapa jam dah hilang kesan merah.

                Image result for kelebihan herbal blend cream shaklee

Apa Fungsi  Krim Herbal Blend Shaklee ni ?

  • Melembutkan kulit/tumit kasar
  • Merawat ruam susu/ruam panas/ruam lampin/muka/kepala.
  • Menghilangkan luka dan merawat ekzema
  • Melegakan gigitan serangga/Nyamuk
  • Merawat kulit gatal
  • Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
  • Losyen harian untuk kulit kering.
  • Krim urut badan yang lenguh
  • Merawat kesan melecur

Kenapa saya memilih Herbal blend ni?

Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan seperti sage,horse chesnut,
yarrow dan rosemary.

Tumbuh tumbuhan ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit.

Sage merangsang pembaharuan sel kulit dan meningkatkan peredaran darah.Ia juga baik untuk mengurangkan selulit,masalah jerawat,kaki makan air,kulit pecah,melegakan gejala ekzema dan psioriasis.

Horse Chesnut digunakan untuk menghilangkan tanda kegelapan 
(dark circle) bawah mata dan bersifat anti radang.

Rosemary memberi manfaat kepada phyto-nutrien,anti oksidan, dan mempunyai asid penting.Kaya dengan vitamin c.



Keistimewaan Herbal Blend @ Multi purpose cream

  • Dingin pada kulit
  • Ekstrak herba semulajadi
  • Tidak berminyak
  • Mudah meresap
  • Aroma menyenangkan
  • Mudah digunakan
  • Mudah dibawa
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Dijamin berkesan
  • Hala
  • Tanpa paraben dan steroid.

Satu family satu herbal blend @Multi purpose krim.

Ingin membuat pembelian?
Hubungi saya sekarang ditalian berikut.

SMS / TELEGRAM / WHATSAPP
Syila
0195461765