Tuesday 15 August 2017

TERIMA KASIH CIKGU

Masa sekolah rendah, syila kurang suka subjek BM.Bagi syila mengarang tu susah, tatabahasa pon boleh la.Banyak yang main redah je. Masa belajar syila mudah bosan.

Masuk darjah 6,syila dapat cikgu BM lelaki dan sangat tegas + garang. First time dia bagi latihan karangan, so kita pon mengarang la setengah muka surat.Esok tu submit latihan.

Part dia check buku !!
Ramai juga kawan yang kena hempuk buku atas belakang sebab banyak salah. Bukan buku tulis yang nipis tu tau, buku yang kulit tebal. Ada yang nangis,ada yang sengih macam kerang busuk.hihi.

Sampai turn syila, ceq dah berdebar gila weh. Dia panggil nama terus bangun. Pergi depan sekali kena hempok buku tebal tu atas belakang tapi tak nangis cuma geram.

Bermula dari episod tu, cikgu ni selalu buat kelas tuisyen kadang sampai malam. Dia ajar satu persatu cara buat karangan, tatabahasa, bila kena letak titik dan koma dan semua tentang subjek BM.

Hampir setiap hari dia akan bagi latihan mengarang dan adakalanya latihan tatabahasa. Mula dari sini la syila minat subjek BM. Bemula dengan cikgu Zaidi la syila mula jatuh cinta untuk menulis biar pon tak sehebat orang lain.

Setiap kali cikgu buat tuisyen tak pernah ponteng sebab MINAT!!
Masa percubaan UPSR dapat A tapi tetap tak puas hati sebab tatabahasa B. Menangis masa tu sebab tak dapat capai target.

Waktu exam UPSR, buat sehabis baik walaupon ada sikit perasaan takut kalau tak dapat A.

Bila result keluar, Yes!!!
Berjaya dapat A untuk BM(penulisan) BM  tatabahasa. Bangga weh.
Nak menangis pon ada sebab dari tak minat langsung dan tak pernah terfikir sampai tahap tu pon.

Seriesly. Berjuta terima kasih syila ucapkan dekat Cikgu BM sebab dengan "hempuk buku atas belakang syila " tu la yang membuatkan syila berani menulis sampai sekarang.

Tak pernah langsung syila lupa kenangan tu.
Terima kasih cikgu.

Dan disebabkan itu la syila cuba beranikan diri menulis dalam blog pula.Masih banyak yang syila perlu belajar untuk penulisan dalam blog.
Semoga matapena tidak akan pernah berhenti untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain.

Untuk menjadi hebat, kita perlulah sentiasa mengikut contoh orang yang hebat. Teruskan menulis dengan istiqomah kerana lama² pisau yang tumpul boleh menjadi tajam jika diasah tanpa henti.

Sentiasa banyak membaca, buat latihan tanpa jemu.Doakan syila dapat membantu orang lain dengam cara penulisan tersendiri.

~Nukilan Syila

pp

No comments:

Post a Comment