Wednesday 23 August 2017

5 PETUA IKHTIAR HAMIL


Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai keinginan untuk memiliki zuriat secepat yang mungkin.Mungkin ada yang baru berkahwin dan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata dengan cepat. Ada juga yang masih menanti untuk mendapatkan cahaya mata berbulan² sehingga bertahun lamanya.

5 PETUA IKHTIAR HAMIL.

1-Berdoa.
Kuasa doa tersangatlah besar. Jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah supaya diberikan dan dimurahkan rezeki anak. Allah Maha Kaya, teruskan berdoa.Sentiasa jaga amalan rohani, insyaAllah dimakbulkan.


2-Makan suplimen.
Makan supliment set kesuburan suami isteri. Vitamin dan suplement dapat membantu untuk menstabilkan hormon kesuburan dan juga meningkatkan kualiti sperma yang boleh hidup lebih lama di dalam rahim wanita.

3-Ketahui waktu subur
Waktu subur adalah waktu yang paling bagus untuk persenyawaan berlaku. Waktu paling subur wanita adalah pada hari ke 14 (jika kitaran haid adalah 28 hari). Dalam tempoh dari hari hari ke-12 hingga hari ke-16, pasangan dinasihatkan untuk melakukan hubungan kelamin untuk meningkatkan peluang mendapat zuriat.

4- Elakkan Stress
Stress adalah salah satu penyebab kenapa kita susah hamil. Stress nie kadang-kadang kita tak nampak dan tak rasa pun. Tapi ia mempengaruhi emosi kita untuk bersama, emosi untuk bersuka dengan pasangan dan sebagainya. Bila kita stress nie, hormon kita akan jadi tak stabil dan akan menyukarkan peluang untuk lekat baby.

5-Berjumpa Dengan Doktor Pakar
Kita tak tahu masalah yang berkaitan dengan kesuburan diri kita melainkan berjumpa dengan doktor pakar. Doktor pakar akan buat check-up dan akan beritahu kita apa masalah kita.

Jadi, pada pasangan yang belum dapat rezeki lagi tu, pergilah jumpa doktor pakar dengan hati yang terbuka. Jangan ego dan takut dikecam keluarga. Ini adalah untuk kita cari pernyelesaian, bukannya untuk cari salah.
.
.
Sesiapa yang berusaha pasti ada  hasilnya. Jangan pernah berputus  asa.

Jika anda ingin mendapatkan set kesuburan atau sebarang pertanyaan, boleh la hubungi syila.

Syila
0195461765

#GempakBintang

No comments:

Post a Comment