Wednesday 16 August 2017

# bcomplex # Ostematrix

PANDUAN PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

Assalamualaikum wbt.

Baiklah,bila sebut berkaitan cahaya mata,pasti semua pasangan yang mendirikan rumah tangga mempunyai impian untuk ada zuriat.Saya sendiri pon excited bila bercerita perihal anak dan moment sewaktu hamil sehingga la peringkat menyusukan bayi.

Selepas 7bulan usia perkahwinan,baru la hadirnya syurga cinta didalam rahim ini.Rezeki Allah itu ada,cuma kita sebagai manusia sudah bersedia atau belum untuk menerima amanah yang sangat besar sepanjang hidup si anak.

Kebanyakan pasangan lebih suka merancang supaya semua aspek kehidupan menjadi stabil dan baru la difikirkan untuk mempunyai cahaya mata.Ada juga diawal perkahwinan sudah disahkan hamil walaupon masih tak bersedia untuk menerima situasi tersebut.





Baik,disini syila berkongsi tips persediaan untuk hamil.Semoga dapat membantu wanita diluar sana untuk berjaya hamil.


TIPS PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

1-Makan suplimen
Suplimen ni adalah benda yang perlu dititik beratkan oleh semua wanita yang ingin hamil.Amalkan makan asid folic,multivitamin dan kalsium.

Image result for b complex shaklee
Asid Folik & B Complex
Asid folik dan B Complex sangat penting diambil pada sebulan sebelum hamil sehingga 12 minggu pertama kehamilan. Pada munggu-minggu awal kehamilan, saraf dan otak janin mula terbentuk dan berkembang. Oleh itu asid folik sangat penting / WAJIB diambil setiap hari bermula sebulan sebelum merancang kehamilan sehinggalah trimester pertama hamil. 

Asid folik bukan sahaja melindungi janin yang terbentuk daripada sebarang gangguan tiub saraf malah melindunginya daripada kecacatan tiup neural seperti spina bifida. Kecacatan ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada bayi yang dilahirkan.

Keperluan asid folik pada ketika sebelum hamil adalah lebih kurang 400 mikrogram (mcg) sehari.  Namun begitu keperluan asid folik boleh meningkat kepada 1000mcg sehari ketika hamil. Jadi jangan lupa untuk mengambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum mencuba untuk hamil dan teruskan semasa trimester pertama mengandung. Pengambilan asid folik dapat mengurangkan hampir 70% risiko melahirkan bayi dengan kerosakkan tiub saraf.

Image result for ostematrix shaklee

KalsiumVitamin D & Magnesium

Kalsium, vitamin D dan magnesium sangat penting diamalkan oleh kita tak kira hamil atau tidak. KeperluanKalsium, vitamin D dan magnesium adalah lebih tinggi pada ketika hamil. Ia sangat-sangat penting ketikakerana komposisi tulang bayi akan mula terbentuk dan berkembang memerlukan hampir separuh keperluan kalsium ibu. Jika pengambilan Kalsium, vitamin D dan magnesium dipandang enteng, maka kelak jisim tulang ibu akan mula kurang kepadatan kerana bayi dalam kandungan mula menyerap khasiat daripada ibu. 

Bagi mengurangkan risiko tulang rapuh (osteporasis) dan gigi mereput kepada ibu, adalah disarankan ibu mengambil kalsium minima 1000mg sehari bagi memastikan ibu tidak menghadapi masalah tulang reput kelak. (lebih kurang 2 gelas susu sehari). Kalsium akan membantu mengurangkan masalah kekejangan ketika hamil dan membantu mengurangkan masalah sakit belakang. 

Image result for vitalea shaklee
 Multivitamin 
Bakal ibu sangat disarankan untuk mengamalkan multivitamin dan Vitamin C bagi memastikan badan mempunyai kesemua zat dan vitamin yang mencukupi. Badan akan lebih segar, sihat, tahan penyakit dan  bertenaga. 


Jika mengambil multivitamin seperti Vitalea Iron Formula, ia mengandungi 28 vitamin dan mineral yang lengkap termasuk iron yang membantu pembentukan sel darah merah. 

Ia sangat sesuai kerana membantmenstabilkan hb darah. Sangat sesuai untuk ibu yang punyai masalah Hb rendah. 


Bagi yang mengambil multivitamin jenis lain, pastikan vitamin A yang terkandung di dalamnya tidak melebihi 770 mikrogram REA (2,565 IU), tetapi jika ia dalam bentuk beta-carotena tak mengapa.

Image result for vitamin c shaklee


VITAMIN C

Vitamin  C sangat penting keran ia melindungi daripada jangkitan dan selesema, menguatkan gusi dan tulang serta meningkatkan imuniti. Vitamin C melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon anti stress. 
Sebab itulah vitamin C tidak boleh ditinggalkan oleh ibu hamil. Ianya sangat penting untuk penyuburan sel darah putih, membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih.
Vitamin c memainkan peranan dalam penghasilan hemoglobin (hb) dan sel darah merah. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain. Saya suka syorkanSustain release Vita-C Shaklee. Minima pengambilan vitamin C buat ibu hamil adalah 85mg sehari dan ibu menyusu adalh 120mg.  


2-DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Image result for doktor

Apa sahaja ikhtiar yang anda lakukan,sebaiknya berjumpalah dengan doktor terlebih dahulu sekiranya ada masalah kesuburan seperti haid tidak teratur,berat badan berlebihan dan sebagainya.

Doktor dapat mengesyorkan beberapa altenatif dalam mengenalpasti punca ketidaksuburan suami isteri. Terdapat pebagai kaedah
 perubatan moden untuk memudahkan pasangan mendapatkan cahaya mata termasuklah IUI. (itu nanti saya akan masukkan ke dalam entry seterusnya kelak). Jika mempunyai masalah cyst atau masalah serius lain, eloklah merujuk kepada pakar sebelum membuat keputusan untuk hamil


3-KIRA WAKTU SUBUR.
Dalam merancang kehamilan adalah penting untuk mengetahui kitaran haid dan kesuburan diri. Dalam keadaan biasa, kitaran haid yang teratur adalah lebih mudah untuk mengenalpasti masa yang sesuai untuk merancang kehamilan.Zaman yang serba canggih ni,ada pelbagai applikasi yang membantu anda untuk mengira waktu subur.Apabila anda tahu waktu subur,ia lebih mudah dan kemungkinan besar anda boleh hamil.



4-RANCANG KEWANGAN ANDA


Dalam apa jua keadaan, perancangan kewangan adalah penting. Pastikan anda dan pasangan bersedia dengan sejumlah perbelanjaan rawatan susulan kehamilan, persediaan barangan bayi, kos bersalin dan perbelanjaan selepas itu. Pastikan anda dan pasangan mula menabung untuk keluarga. Asingkan pendapatan mengikut kategori ini : 


  • Perbelanjaan harian
  • Tabungan anak / keluarga
  • Bayaran bil / hutang / sewabeli
  • Pelajaran anak
  • Perubatan keluarga
  • Riadah


5-JAGA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

  • PENJAGAAN MENTAL ~ KURANGKAN STRESS
  • BERHENTI MEROKOK
  • TIDUR SECUKUPNYA


Semua di atas adalah untuk memastikan badan bersedia untuk menghadapi fasa kehamilan yang lebih sihat dan bertenaga. Merokok, stress dan kurang rehat yang boleh menyebabkan peluang mendapatkan anak terjejas, ada ketika stress boleh menyebabkan keguguran. Oleh yang demikian, pastikan badan dan minda kita relax dan tenang. Rancang kerja dan rehat dengan baik. Sediakan rutin yang teratur. Bincang dengan pasangan dan lakukan aktiviti bersama-sama.  pastikan pasangan anda memahami keadaan anda dan membantu anda mengharungi fasa ini dengan sebaiknya.

Sekiranya anda mempunyai masalah kemurungan, lakukan pemeriksaan mental dan sesi terapi dengan psikiatragar dapat membantu anda menjalani fasa kehamilan dan bersalin dengan tenang dan bersedia. Kemurungan adalah merbahaya jika tidak ditangani dengan segera. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar kelak seperti meroyan. Sekiranya anda sedang mengambil ubatan kemurungan, elok berbincang dengan doktor untuk memastikan ubatan yang diambil tidak menganggu kehamilan dan tidak memberi kesan kepada bayi dikandung. 


Saya doakan semoga anda dimurahkan rezeki dan berjaya.

Untuk mendapatkan suplimen,anda boleh menghubungi saya.

SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
Syila
0195461765

EMEL : syilaabdullah2@gmail.com
FACEBOOK : syila Abdullah

No comments:

Post a Comment