Thursday 24 August 2017

OBSES DENGAN WARNA

Assalamualaikum wbt. 

Hari ini syila rasa nak menulis secara santai je. 

Syila tahu, semua orang mesti ada warna kegemaran masing -masing. Ada yang suka warn ungu, merah, kuning, hitam dan lain-lain. Warna ni terlalu banyak sangat, pelbagai jenis. Kalau orang perempuan pergi shopping mesti rambang mata bila tengok warna cantik-cantik. 

Tapi bila cari barang kesukaan dia macam handbeg, cermin mata atau pon benda yang setiap hari dia tengok, confirm dia akan cari warna yang paling dia suka. Kebanyakan wanita rasanya lebih menyukai warna pink, tapi bagi syila warna pink tu biasa. 

Sejak dari sekolah rendah or menengah, syila memang suka warna biru. Rasa tenang dan cantik je setiap kali tengok barang yang syila suka tu ada warna biru. Bila tengok langit waktu petang atau pergi pantai, rasa terharu nak menangis tengok sungguh cantik ciptaan Allah.Dulu memang obses sangat dengan warna biru. 

Rasanya hampir semua peralatan sekolah kalau boleh nak warna biru. Masih ingat lagi,waktu sekolah syila dilantik sebagai pengawas pusat sumber. Kain warna hitam dan baju warna kekuningan. Boleh kira berapa kali je syila pakai masa dekat sekolah, selebihnya pakai kain sekolah budak biasa sebab ada warna biru. Cantik sangat tau warna biru ni. 



Sebelum kahwin ,memang angan² nak baju pengantin dan pelamin warna biru. Tak tahu la kenapa suka sangat dengan warna biru ni. Masa nak buat baju pengantin pon, tailor banyak kali kena confirm kan warna yang syila nak. Biru ni kan banyak jenis, so tak semua biru  syila suka.Hihi.

Masa cari baju baby pon warna biru. Tilam bantal pon warna biru. Sampai orang cakap, eh ummi Raesha ni minat warna biru sungguh la walaupon anak tu perempuan. 

Lepas Raesha lahir la baru syila slow² ubah hati cari warna selain biru. Sanggup ku korbankan warna kesukaan demi anak tercinta. Tapi pergi mana² pon mesti warna biru yang syila pegang. 

Kadang suami tegur juga, ummi ni tak ada warna lain ke selain biru. Now dah kurang warna biru. Tukar warna hitam pulak. haha. 
Baju raya pon rasanya banyak warna biru. Dalam almari ku lihat biru. Nasib la suami jenis tak kisan dengan warna. Pakai je warna apa yang syila pilih. 

Dalam banyak² barang syila memang warna biru. Tapi NIQOB  tak pernah sekali ada warna biru. Semua hitam. Masa nikah je pakai warna biru, itu pon sekali seumur hidup je kot nak pakai warna biru. 

Sekarang dah kurang obses dengan warna biru. Rasa macam dah tukar warna pula. Hitam dan grey. Gabungan warna yang meletop sangat cantik dimata syila. 

Baiklah. Selamat malam. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan santai syila. 



No comments:

Post a Comment