Thursday 17 August 2017

3 CARA ATASI STRESS DENGAN MUDAH

Assalamualaikum wbt.


Semoga jiwa anda yang membaca blog saya sekarang dalam keadaan tenang walaupon fikiran agak stress.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk hilangkan stress. Ada yang meluahkan perasaan dekat orang yang dia percayai, ada yang suka makan, ada yang lebih banyak berdiam diri bila stress,ada yang suka membaca buku dan lain².

Bila bercakap soal stress, saya sendiri paling tidak suka jika fikiran dan mood saya dalam keadaan stress. Seharian saya boleh 'bad mood' jika masalah stress tak dapat dikawal dan diatasi denhan baik. Kalau dahulu, saya mudah marah orang jika saya dalam mood stress. Walhal orang yang bercakap dengan saya waktu itu pon akan kena tempias kemarahan saya. Masa muda remaja, darah panas dan cepat memberontak. Kadangkala tak dapat mengawal diri dengan baik. Maaf saya pohonkan jika ada yang terasa hati.

Bila semakin meningkat usia, perlahan lahan saya mengawal stress. Alhamdulillah, selarang saya dapat mengawal stress dengan baik. Terima kasih Allah diatas jalan YANG DIA berikan setiap kali saya dalam masalah ataupon fikiran tengah stress.

3 CARA ATASI DAN MENGAWAL STRESS DENGAN MUDAH.

1.Ambil wuduk.
Apabila anda berada dalam keadaan yang kusut, melangkah la ke bilik air dan ambil wuduk. Ikut tertib wuduk dari awal sampai habis. Ikhlaskan hati supaya Allah berikan ketenangan selepas kita selesai berwuduk. Air itu diciptakan untuk menenangkan. Berwuduk lah kerana wuduk ini besar fadhilatnya.


2.Baca AlQuran.
AlQuran ni mempunyai 1001 kelebihan dan manfaat. Sesiapa yang membacanya akan diberi ketengan jiwa dan juga fikiran. Bila kita membaca AlQuran, insyaAllah masalah stress dapat diatasi dengan baik. Setiap ayat-ayat Allah itu sangat memberi kesan pada hati manusia.

Lazimi lah diri dengan membaca AlQuran supaya apa jua masalah yang kita hadapi dapat dikawal dengan baik.



3.Berzikir.
Zikir itu terapi jiwa. Jadikan zikir sebagai amalan anda. Luangkan sedikit waktu untuk berzikir. Kerana zikir adalah makanan jiwa. Selalunya saya akan luangkan masa 10-15minit untuk membaca AlMathurat.

AlMahturat juga zikir. Setiap maksudnya sangat menenangkan jiwa.Sibuk macam mana pon, uangkan sedikit masa untuk berzikir ataupon membaca AlMathurat.

Semoga dengan sedikit perkongsian ringkas ini dapat membantu menenangkan jiwa anda.Berbalik lah kepada Allah dalam apa jua keadaan.

No comments:

Post a Comment