Friday 25 August 2017

CARA URUSKAN KERJA HAKIKI DAN BISNES.



Yes, syila suri rumah tak ada tangga sepenuh masa. Ini adalah kerja hakiki syila.Walaupon hanya suri rumah, pasti ada rutin tersendiri macam wanita yang bekerja diluar.

Bak kata kakak syila "kerja orang perempuan takkan pernah habis selepas bergelar isteri".

Syila faham, ramai ibu diluar sana kadangkala mengalami tekanan apabila melibatkan pengurusan masa dan keluarga. Syila yang duduk rumah pon rasa penat, apatah lagi wanita yang bekerjaya diluar sana. Dalam masa yang sama syila juga menjalankan bisnes shaklee yang membantu orang lain untuk lebih sihat dan gembira.

Bisnes yang dilakukan secara atas talian sebenarnya tiada had masa. Customer boleh whatsapp bila bila masa sahaja yang mereka suka. Tapi bagaimana syila menguruskan kedua kerja ini dengan baik supaya tiada istilah "yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran".

Syila nak berkongsi sedikit tips bagaimana nak menguruskan kerja hakiki dan bisnes dengan baik.Cara ini boleh juga diamalkan oleh suri rumah atau wanita yang bekerjaya.


1.TO DO LIST
Teknik ini syila belajar daripada upline. Series, dulu tak pernah fokus sangat cara ni. Masa belajar pon syila buat tapi tak selalu. Bila terlalu banyak assigment baru jadinya to do list ni.

Listkan segala perkara yang kita perlu buat setiap hari. Selepas dah siap list, susun atur semula dan pastikan anda letak kerja yang paling penting untuk disiapkan terlebih dahulu.

Cara ini sangat membantu supaya kerja hakiki dan bisnes dapat diselesaikan dengan baik.

2.BERDISIPLIN.
Walaupon anda sudah buat TO DO LIST  tetapi masih tiada disiplin, memang kerja takkan berjalan dengan baik.

Disiplin diri sangat penting supaya cara TO DO LIST  anda berjaya dan dapat dilakukan dengan baik.

Orang yang berdisiplin, memang akan sentiasa menjadi mudah segala kerja yang dia lakukan.


3.BERDOA.
Ingatlah, walau apapon yang kita lakukan, sentiasa lah memohon DOA  dan petunjuk supaya dimudahkan segala urusan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

Mohon lah supaya diberikan masa, kekuatan, tenaga supaya dapat menyiapkan segala kerja dengan baik dan diredhoi Allah.

Kerja akan sentiasa menjadi mudah jika kita meletakkan segala pergantungan hanya kepada Allah.
.
.
Hanya sedikit tips sahaja yang syila dapat kongsikan bersama anda. Nampak simple, tetapi jika anda berjaya melakukannya dengn baik, hidup akan sentiasa lebih ceria dan teratur.

Ingin mencari side income tanpa mengganggu kerja hakiki anda?

Hubungi syila untuk syila bantu anda.

SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
syila : 0195461765
Email : syilaabdullah2@gmail.com

#GempakBintang

No comments:

Post a Comment