Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Sunday, 8 April 2018

Tips mengatasi sakit pinggang ketika hamil

April 08, 2018 0 Comments
Jadi ibu hamil sangat seronok.Bertambah teruja apabila kandungan semakin membesar kerana dapat merasakan pergerakan bayi pada setiap minit.Tetapi,dalam keterujaan kandungan semakin membesar,biasanya ibu hamil akan alami situasi yang sangat menyeramkan iaitu sakit pinggang ketika hamil.

Sakit pinggang biasanya terjadi apabila kandungan semakin membesar.Ini disebabkan berat semakin meningkat dan bayi semakin membesar.Otot-otot menjadi sedikit lemah dan tabung kalsium ibu juga berkurangan.Jika anda seorang yang tidak gemar minum susu,anda perlu mencari jalan penyelesaian supaya keperluan kalsium anda cukup untuk anda dan bayi.

Sakit pinggang juga boleh terjadi jika anda mengangkat berat pada posisi yang salah,berdiri terlalu lama,banyak berjalan,melakukan kerja rumah berlebihan dan rehat yang tidak cukup.
Dan jika keperluan kalsium anda tidak mencukupi,ini boleh menyumbang kepada masalah sakit pinggang walaupon masih diawal kehamilan.



TIPS MENGURANGKAN SAKIT PINGGANG KETIKA HAMIL.

1.SENAMAN.
Senaman lantai pelviks dan perut sangat membantu mengurangkan sakit pinggang.
Pastikan badan anda pada posisi merangkak dan tegakkan pinggang anda.Tarik nafas dan hembus sambil membuat senaman pelviks.Pastikan anda mengemut tanpa menarik nafas dalam 5-10saat.
Tenangkan otot perlahan-lahan sehingga akhir senaman.
Lakukan sekerap yang boleh bagi mengelakkan sakit pinggang berulang dengan kerap.


2.POSISI YANG BETUL.
Jika anda mengalami sakit pada tulang punggung,elakkan daripada duduk membongkok.
Pastika tulang belakang anda berada dalam keadaan rilex dan duduklah dia atas tilam atau sofa yang lembut.

3.URUTAN.
Aktivit ini sangat disukai oleh ramai wanita termasuklah ibu hamil.Aktivit ini sangat membantu melegakan tekanan pada pinggang dalam masa yang sama buat kita rasa lebih tenang.
Tapi hati-hati,anda perlu bijak memilih tukang urut kerana urutan ketika hamil agak berbeza daripada urutan biasa.


4.BERENANG.
Aktiviti ini juga dapat membantu mengurangkan tekanan pada pinggang.Tetapi tak semua ibu hamil mampu berenang kerana bebanana perut yang semakin membesar.
Lakukan dengan rilex dan enjoy.


5.BANTAL MATERNITY.
Pemilihan bantal yang seduai sangat membantu ibu hamil dapat merehatkan badan dengan posisi yang betul.Kebiasaannya,bantal maternith diciptakan khas untuk posisi ibu ketika baring berada dalam keadaan yang selesa.
Bantal maternity dapat menyokong tulang belakang dan perut anda yang semakin membesar.



6.OSTEMATRIX.
Ostematrix adalah sejenis pil kalsium yang mengandungi VITAMIN D dan MAGNESIUM yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih cepat ke dalam badan.Pil kalsium ini juga telah terbukti secara klinikal dan sangat selamat di ambil oleh ibu hamil.

Ostematrix sentiasa menjadi pilihan ibu hamil kerana dapat membantu mengelakkan dan mengurangkan sakit pinggang ketika hamil.
Syila sendiri juga adalah pengamal setiasa ostematrix.
Sepanjang mengandung,syila tiada masalah sakit pinggang,cramp dan kebas-kebas.Walaupon banyak berjalan disiang hari,syila sentiasa dapat tidur dengan tenang setiap malam tanpa perlu mengeluh sakit pinggang.



Ostematrix sangat membantu merehatkan otot otot badan dan juga membekalkan keperluan kalsium yang cukup untuk ibu dan bayi.


Anda boleh mencuba tips-tips yang syila kongsikan.Semoga ia dapat mengurangkan sakit pinggang ketika hamil.
Tapi syila juga sangat sangat mengsyorkan anda untuk mengamalkan OSTEMATRIX setiap malam kerana ia memang sangat membantu mengurangkan dan mengelakkan daripada terjadinya sakit pinggang ketika hamil.


Anda boleh menghubungi syila untuk mendapatkan konsultasi dan OSTEMATRIX.

Trusted seller ,
Syila,
0195461765


Wednesday, 7 February 2018

Wajib ke ibu minum susu ketika hamil?

February 07, 2018 0 Comments

Syila salah seorang dikalangan orang yang tidak gemar minum susu.Daripada usia kanak-kanak syila memang tak boleh minum susu disebabkan bau yang kurang menyenangkan.
Yela kan.
Kalau dah tak suka tu macam-macam alasan boleh bagi.

Ketika hamil,syila terfikir macam mana nak topup kalsium sebab kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang mudah rapuh,cramp,gigi mudah goyang dan sebagainya.
Pernah juga syila minum susu kambing,tapi mesti dicampur dengan milo atau minuman coklat.
Sampai bila nak tambah gula dalam susu yang kita minum kan?Nanti ada kencing manis waktu hamil pula.

Nurse ada juga pesan suruh makan pil kalsium untuk topup kalsium dalam badan kalau syila taknak minum susu.
Ibu hamil tak perlu pon minum susu tetapi perlu mengambil makanan yang tinggi kalsium.
Selain itu,ibu hamil boleh mengambil suplimen seperti pil kalsium.

Sejak dari tu search la juga pil kalsium yang terbaik untuk ibu hamil.
Semestinya kita nakkan yang terbaik dalam semua perkara termasuklah anak kita sendiri kan.

Jadi,syila dah jumpa pil kalsium yang terbaik dan selamat untuk ibu hamil.
OSTEMATRIX.
Nama yang tidak asing lagi dalam produk Shaklee kerana sering menjadi kegilaan dikalangan ibu hamil,ibu menyusu,ibu berpantang dan pelbagai peringkat usia.
Dikenali sebagai pil kalsium yang paling best sekali.


Apa yang membezakan pil kalsium Shaklee ?

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%.
Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut mati.
Mengandungi kalsium,magnesium,fosforus dan Vitamin D,zinc,kuprum,manganes dan boron.

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.
Kajian telah membuktikan suplimen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada suplimen adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan suplimen.
Penggunaan hanya dua tablet dari Ostermatrix menyebabkan dalam peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12jam.


Manfaat Utama Ostematrix.


Menguatkan tulang.
Kalsium menghalang osteoporasis,menguatkan kuku,kerangka,gigi,sistem saraf.
Ia juga merawat tulang retak,osteomalacia(ricket dewasa),kuku rapuh,kekejangan,gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas.
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas,kekejangan,sakit sendi dan artritis.

Meringankan stress.
Ianya mengimbangi tekanan darah.memelihara denyutan jantung,impuls saraf,penenang saraf,menggalakkan tidur selesa,memperbaiki jantung berdebar,gementar,mimpi buruk dan stress.
Ia juga memperbaiki dipresi,mood swing,sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid.
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.


Pengalkalian tubuh.
Kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh.
Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangang detokfikasi.

Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

Vitamin D
Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets.
Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang,menguatkan kerangka,memperbaiki penyakit periodontal.
Vegetarian yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas,individu melebihi 55tahun,wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplimen Vitamin D.

Magnesium
Ini adalah ion positif no2 penting didalam tubuh kita.
Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.Membantu sistem saraf,mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga,pengecutan saraf dan otot,menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung,memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus,menghalang endapan kalsium,melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.
Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.




Menarikkan Ostematrix ni?Syila jamin anda takkan pernah menyesal selepas amalkannya.

Hubungi syila untuk pembelian Produk Shaklee dan konsultasi secara percuma.


Sms / Whatsapp / Telegram
Syila 0195461765
Emel : syilaabdullah2@gmail.com
FB : syila abdullah



Wednesday, 16 August 2017

PANDUAN PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

August 16, 2017 0 Comments
Assalamualaikum wbt.

Baiklah,bila sebut berkaitan cahaya mata,pasti semua pasangan yang mendirikan rumah tangga mempunyai impian untuk ada zuriat.Saya sendiri pon excited bila bercerita perihal anak dan moment sewaktu hamil sehingga la peringkat menyusukan bayi.

Selepas 7bulan usia perkahwinan,baru la hadirnya syurga cinta didalam rahim ini.Rezeki Allah itu ada,cuma kita sebagai manusia sudah bersedia atau belum untuk menerima amanah yang sangat besar sepanjang hidup si anak.

Kebanyakan pasangan lebih suka merancang supaya semua aspek kehidupan menjadi stabil dan baru la difikirkan untuk mempunyai cahaya mata.Ada juga diawal perkahwinan sudah disahkan hamil walaupon masih tak bersedia untuk menerima situasi tersebut.





Baik,disini syila berkongsi tips persediaan untuk hamil.Semoga dapat membantu wanita diluar sana untuk berjaya hamil.


TIPS PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

1-Makan suplimen
Suplimen ni adalah benda yang perlu dititik beratkan oleh semua wanita yang ingin hamil.Amalkan makan asid folic,multivitamin dan kalsium.

Image result for b complex shaklee
Asid Folik & B Complex
Asid folik dan B Complex sangat penting diambil pada sebulan sebelum hamil sehingga 12 minggu pertama kehamilan. Pada munggu-minggu awal kehamilan, saraf dan otak janin mula terbentuk dan berkembang. Oleh itu asid folik sangat penting / WAJIB diambil setiap hari bermula sebulan sebelum merancang kehamilan sehinggalah trimester pertama hamil. 

Asid folik bukan sahaja melindungi janin yang terbentuk daripada sebarang gangguan tiub saraf malah melindunginya daripada kecacatan tiup neural seperti spina bifida. Kecacatan ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada bayi yang dilahirkan.

Keperluan asid folik pada ketika sebelum hamil adalah lebih kurang 400 mikrogram (mcg) sehari.  Namun begitu keperluan asid folik boleh meningkat kepada 1000mcg sehari ketika hamil. Jadi jangan lupa untuk mengambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum mencuba untuk hamil dan teruskan semasa trimester pertama mengandung. Pengambilan asid folik dapat mengurangkan hampir 70% risiko melahirkan bayi dengan kerosakkan tiub saraf.

Image result for ostematrix shaklee

Kalsium, Vitamin D & Magnesium

Kalsium, vitamin D dan magnesium sangat penting diamalkan oleh kita tak kira hamil atau tidak. KeperluanKalsium, vitamin D dan magnesium adalah lebih tinggi pada ketika hamil. Ia sangat-sangat penting ketikakerana komposisi tulang bayi akan mula terbentuk dan berkembang memerlukan hampir separuh keperluan kalsium ibu. Jika pengambilan Kalsium, vitamin D dan magnesium dipandang enteng, maka kelak jisim tulang ibu akan mula kurang kepadatan kerana bayi dalam kandungan mula menyerap khasiat daripada ibu. 

Bagi mengurangkan risiko tulang rapuh (osteporasis) dan gigi mereput kepada ibu, adalah disarankan ibu mengambil kalsium minima 1000mg sehari bagi memastikan ibu tidak menghadapi masalah tulang reput kelak. (lebih kurang 2 gelas susu sehari). Kalsium akan membantu mengurangkan masalah kekejangan ketika hamil dan membantu mengurangkan masalah sakit belakang. 

Image result for vitalea shaklee
 Multivitamin 
Bakal ibu sangat disarankan untuk mengamalkan multivitamin dan Vitamin C bagi memastikan badan mempunyai kesemua zat dan vitamin yang mencukupi. Badan akan lebih segar, sihat, tahan penyakit dan  bertenaga. 


Jika mengambil multivitamin seperti Vitalea Iron Formula, ia mengandungi 28 vitamin dan mineral yang lengkap termasuk iron yang membantu pembentukan sel darah merah. 

Ia sangat sesuai kerana membantu menstabilkan hb darah. Sangat sesuai untuk ibu yang punyai masalah Hb rendah. 


Bagi yang mengambil multivitamin jenis lain, pastikan vitamin A yang terkandung di dalamnya tidak melebihi 770 mikrogram REA (2,565 IU), tetapi jika ia dalam bentuk beta-carotena tak mengapa.

Image result for vitamin c shaklee


VITAMIN C

Vitamin  C sangat penting keran ia melindungi daripada jangkitan dan selesema, menguatkan gusi dan tulang serta meningkatkan imuniti. Vitamin C melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon anti stress. 
Sebab itulah vitamin C tidak boleh ditinggalkan oleh ibu hamil. Ianya sangat penting untuk penyuburan sel darah putih, membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih.
Vitamin c memainkan peranan dalam penghasilan hemoglobin (hb) dan sel darah merah. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain. Saya suka syorkanSustain release Vita-C Shaklee. Minima pengambilan vitamin C buat ibu hamil adalah 85mg sehari dan ibu menyusu adalh 120mg.  


2-DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Image result for doktor

Apa sahaja ikhtiar yang anda lakukan,sebaiknya berjumpalah dengan doktor terlebih dahulu sekiranya ada masalah kesuburan seperti haid tidak teratur,berat badan berlebihan dan sebagainya.

Doktor dapat mengesyorkan beberapa altenatif dalam mengenalpasti punca ketidaksuburan suami isteri. Terdapat pebagai kaedah
 perubatan moden untuk memudahkan pasangan mendapatkan cahaya mata termasuklah IUI. (itu nanti saya akan masukkan ke dalam entry seterusnya kelak). Jika mempunyai masalah cyst atau masalah serius lain, eloklah merujuk kepada pakar sebelum membuat keputusan untuk hamil


3-KIRA WAKTU SUBUR.
Dalam merancang kehamilan adalah penting untuk mengetahui kitaran haid dan kesuburan diri. Dalam keadaan biasa, kitaran haid yang teratur adalah lebih mudah untuk mengenalpasti masa yang sesuai untuk merancang kehamilan.Zaman yang serba canggih ni,ada pelbagai applikasi yang membantu anda untuk mengira waktu subur.Apabila anda tahu waktu subur,ia lebih mudah dan kemungkinan besar anda boleh hamil.



4-RANCANG KEWANGAN ANDA


Dalam apa jua keadaan, perancangan kewangan adalah penting. Pastikan anda dan pasangan bersedia dengan sejumlah perbelanjaan rawatan susulan kehamilan, persediaan barangan bayi, kos bersalin dan perbelanjaan selepas itu. Pastikan anda dan pasangan mula menabung untuk keluarga. Asingkan pendapatan mengikut kategori ini : 


  • Perbelanjaan harian
  • Tabungan anak / keluarga
  • Bayaran bil / hutang / sewabeli
  • Pelajaran anak
  • Perubatan keluarga
  • Riadah


5-JAGA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

  • PENJAGAAN MENTAL ~ KURANGKAN STRESS
  • BERHENTI MEROKOK
  • TIDUR SECUKUPNYA


Semua di atas adalah untuk memastikan badan bersedia untuk menghadapi fasa kehamilan yang lebih sihat dan bertenaga. Merokok, stress dan kurang rehat yang boleh menyebabkan peluang mendapatkan anak terjejas, ada ketika stress boleh menyebabkan keguguran. Oleh yang demikian, pastikan badan dan minda kita relax dan tenang. Rancang kerja dan rehat dengan baik. Sediakan rutin yang teratur. Bincang dengan pasangan dan lakukan aktiviti bersama-sama.  pastikan pasangan anda memahami keadaan anda dan membantu anda mengharungi fasa ini dengan sebaiknya.

Sekiranya anda mempunyai masalah kemurungan, lakukan pemeriksaan mental dan sesi terapi dengan psikiatri agar dapat membantu anda menjalani fasa kehamilan dan bersalin dengan tenang dan bersedia. Kemurungan adalah merbahaya jika tidak ditangani dengan segera. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar kelak seperti meroyan. Sekiranya anda sedang mengambil ubatan kemurungan, elok berbincang dengan doktor untuk memastikan ubatan yang diambil tidak menganggu kehamilan dan tidak memberi kesan kepada bayi dikandung. 


Saya doakan semoga anda dimurahkan rezeki dan berjaya.

Untuk mendapatkan suplimen,anda boleh menghubungi saya.

SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
Syila
0195461765

EMEL : syilaabdullah2@gmail.com
FACEBOOK : syila Abdullah