Thursday 2 November 2017

# Basic H # Nutriferon

Bahaya HFMD kepada kanak-kanak dan cara pencegahan.

Beberapa hari yang lepas syila ada kelas dengan pengusaha taska Shah Alam iaitu NEESA HALIM.
Topik yang dikongsikan adalah berkaitan HFMD.


HFMD adalah topik paling HOT kalau di taska .Orang kata seriau la .
Kalau taska suspect tiga kanak kanak HFMD ,TASKA akan ditutup selama sepuluh hari bekerja.

Definisi HFMD

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).
 HFMD adalah salah satu senarai penyakit berjangkit.

 Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan :

* cecair hidung
* air liur
* lepuh (blister)
* najis kanak-kanak yang dijangkiti
* sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD
Memang lumrah kanak kanak kecil especially baby dan toddler (1-2 tahun) memasukkan benda ke dalam mulut,tetapi bagaimana orang dewasa nak menghindar atau jaga kesihatan anak anak

Kanak-kanak boleh bermain seperti  biasa tetapi sebelum atau selepas bermain haruslah membasuh tangan dengan cara yang betul.

Sentiasa amalkan cara basuh tangan yang betul sebelum atau selepas makan.

Seperti yang kita lihat,kalau kita pergi supermarket kebanyakan parents akan meletakkan anak mereka didalam troli.Tahukah anda dengan cara ini juga anak anda boleh mendapat penyakit HFMD ini.

Kita tidak tahu siapa yang duduk atau menggunakan troli sebelum itu.Jadi,elakkan meletakkan anak anda didalam troli atau gunakan gel antibakteria.




 Tanda-tanda penyakit HFMD :-

-Demam,
-Luka (ulcer) di mulut,
-Ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.
-Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan,pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin).
-Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
 anak yang demam tiga hari konsisten suhu tinggi (tak kebah kebah) itu juga boleh jadi akan terkena suspect HFMD

Kawasan yang akan timbul ruam di bahagian badan kalau suspect HFMD adalah :-
  • Bahagian tempat membuang air akan ada biji-biji kecil.
  • Dalam mulut ada ulser
  • Tepi mulut ada biji,bawah kaki dan hujung celahan tangan ada biji berair.


Nasihat kepada ibubapa /Penjaga :-
  • Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD.
  • Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk.
  • Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri.
  • Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
  • Pastikan ibubapa menjaga kebersihan ketika menjaga anak HFMD takut terkena pada adik beradik yang lain.
  • Pastikan menukar alas atau tempat tidur/ tuala / pakaian.



Pencegahan

  • Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya.
  • Ahli keluarga diasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • 💝Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • 💝Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • 💝Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • 💝Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • 💝Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda HFMD.


Suplimen atau produk yang boleh digunakan untuk membantu anda dan anak anda ketika terkena penyakit HFMD :-


Basic H.
Anda boleh menggunakan basic H untuk membersihkan segala alat permainan dan barang-barang yang telah digunakan.

Nutriferon.
Nutriferon sangat membantu meningkatkan imunisasi anak anda ketika HFMD.Selain itu,ia juga membatu mempercepatkan proses penyembuhan.InsyaAllah.


Hubungi syila untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk dan pembelian set HFMD.


No comments:

Post a Comment