Friday 3 November 2017

Kenali 6 Punca Jeragat

Jeragat lebih dikenali sebagai adik jerawat.Syila pasti ramai yang mempunyai masalah jeragat tak kira usia samada tua atau muda.Jeragat adalah disebabkan oleh pembentukan minyak,sel-sel kulit mati dan juga bakteria dibahagian laing-liang muka terutamanya dahi,hidung,pipi dan dagu.

Anda perlu mengenal pasti punca jeragat supaya ia dapat cegah dan dirawat dengan baik.
Jeragat yang banyak pada bahagian kulit wajah boleh menyebabkan kulit menjadi kusam,tona tidak sekata dan kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

Jom kita lihat apakah punca jeragat pada kulit wajah.



Matahari
Sinaran Uv boleh menyebabkan terjadinya pigmentasi atau jeragat.Sinaran Uv juga boleh membawa kepada kanser kulit.

Ubatan
Pengambilan ubatan yang boleh memberi "side effect" juga menyebabkan terjadinya jeragat dan juga pengambilan ubat yang tidak diluluskan oleh KKM.

Kehamilan
Kebanyakan ibu hamil mengalami masalah ini kerana kekurangan nutrisi dan juga pembawakan bayi.
Tetapi ibu tidak perlu risau kerana kebiasaannya masalah jeragat ini akan hialng selepas anda melahirkan.

Rawatan hormon
Kajian menunjukkan rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon progesterone, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat. Punca jeragat ini menyebakan hormon menjadi tidak stabil. Jangan biarkan anda dibelenggu oleh masalah hormon!

Pemilihan produk yang salah
Sebagai wanita sudah pasti kita mempunyai keinginan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik,mulus,putih dan sebagainya.Tindakan segera kimia yang merbahaya itulah akan membuatkan kulit wajah semakun teruk sehingga menipiskan tisu dan terjadinya pigmentasi.

Penjagan muka yang tidak konsisten
Kebanyakan wanita tidak mengambil berat tentang kebersihan wajah.Selepas memakai solekan pada wajah dan tidak membersihkan terlebih dahulu sebelum tidur.Sifat sambil lewa inilah yang menyebabkan terjadinya punca jeragat.

Jangan biarkan kulit wajah anda dihinggapi tompok-tompok hitam.



No comments:

Post a Comment