Wednesday 22 November 2017

# Tips

6 Tips pemakaian niqob untuk Newbie



Alhamdulillah.Sudah hampir 4 tahun syila mengenakan kain untuk menutup wajah atau lebih dikenali sebagai niqob.Pada awal pemakaian niqob,tak banyak ilmu yang syila tahu tetapi perlahan lahan syila mencari dan mendalami ilmu serta adab apabila berniqob.

Syila yakin,sesiapa yang sedang membaca blog syila pasti dia punya kekuatan yang luar biasa untuk memakai niqob.Tak semua orang kuat dan berjaya hadapi dugaan dan pelbagai cabaran pada awal penghijrahan ini.

Syila ada sedikit tips untuk kawan-kawan yang masih mencari kekuatan atau baru memakai niqob.Macam mana nak jadi orang yang kuat dan sabar apabila berhadapan dengan pelbagai ujian serta ragam manusia.

Tips simple,semoga bermanfaat.

1.Niat
Pastikan niat itu kerana Allah bukan kerana ingin mendapat pujiaan manusia.Kenapa kita nak pakai niqob?Mestilah kerana Allah.Ingin mendapat keredhoan Allah serta menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak baik.

2.Yakin.
Kuatkan hati dan jiwa kita supaya kita terus yakin apabila kita mula memakai niqob.ia dapat selamatkan diri kita daripada fitnah dan perbuatan yang tidak baik.Percayalah,bila kita menutup wajah,banyak perkara yang kurang baik kita dapat hindari.Banyak fitnah dunia yang kita dapat elak dengan sebaiknya.

3.Pilih kawan yang positif.
Semasa awal permulaan syila berniqob,syila dikelilingi oleh kawan yang biasa-biasa sahaja.Tetapi mereka sangat positif dan sentiasa memberikan dorongan,semangat untuk syila terus kan jalan ini.Percayalah,apabila kita dikelilingi kawan yang positif dan sentiasa bersikap menghormati,kita akan terasa disayangi dan juga kuat untuk teruskan penghijrahan ini.

4.Pilih niqob yang sesuai.
Sepanjang syila berniqob,tak pernah terdetik dihati untuk tanggalkan niqob pada wajah ketika keluar dari rumah.Syila sangat menitik beratkan jenis kain atau material niqob yang syila pakai.Kalau kain itu selesa dan mudah untuk bernafas,syila yakin anda akan rasa selesa dan takkan ada niat sedikit pon untuk meninggalkannya.

Syila memakai niqob yaman.Material yang sangat lembut,mudah bernafas dan terlalu selesa.Sangat sesuai untuk yang baru nak berniqob atau tercari-cari niqob yang sesuai.Kena cari seller yang menjual niqob yaman.Harga insyaAllah mampu milik.

Selain niqob yaman,syila juga sangat syorkan anda memakai niqob QIBTIYYAH EXCLUSIVE original Malaysia.Material yang super selesa dan sangat berkualiti.Rasanya dah banyak koleksi dari jenama ni yang syila ada.Harga mampu milik.InsyaAllah.

5.Doa
Allahuakbar.Dia lah yang memegang hati manusia dan pemilik hati kita.Sentiasa lah berdoa semoga diberi kekuatan untuk terus istiqomah memakai niqob walau apa ujian yang mendatang.Berdoalah supaya kita dikelilingi kawan dan keluarga yang sangat positif dan sentiasa memberikan semangat untuk kita terus berniqob.

6.Ilmu
Buat apa pon mesti kena ada ilmu.Tak semestinya kena ilmu penuh didada baru nak pakai niqob,tapi sentiasa lah mencari dan mendalami ilmu tentang niqob supaya kita tidak muda rebah dengan setiap soalan atau ujian yang kita tak tahu bila akan tiba.Bila kita ada ilmu,kita akan sentiasa dalam keadaan tenang walau apa yang terjadi.




Wearing niqob Elma lacey by QE

Kawan,tak semuanya boleh terima penghijrahan kita.Tapi bersabarlah dan jangan pernah putus asa untuk terus istiqomah memakai niqob kerana setiap orang yang sabar pasti akan tersenyum diakhirnya.Allah tak pernah sia-siakan kesabaran kita.

Syila dulu,semasa awal pakai niqob.kakak-kakak dan juga saudara mara banyak yang tentang.Macam-macam soalan dan hinaan yang syila dapat.Tapi syila faham,mungkin mereka terkejut dan masih belum dapat menerima dengan baik.Bersabar dan berdoa itu kunci yang syila pegang sampai sekarang.Untuk istiqomah itu memang sangat sukar,tapi percayalah diakhirnya akan ada manis yang kita takkan pernah sangka.

Alhamdulillah.
kakak-kakak dan saudara mara dapat menerima dengan hati yang terbuka malahan sentiasa memberikan doa dan kata-kata yang positif.Syila yakin,inilah berkat kesabaran syila selama ini.

Syila doakan,kawan-kawan diberikan kekuatan dalam setiap penghijrahan yang anda buat.
Salam sayang dari syila untuk anda.

No comments:

Post a Comment