Saturday 31 March 2018

# Tips Kecantikan

5 Petua Kecutkan Jerawat.Hanya menggunakan bahan² didapur sahaja.

Jerawat dengan kulit kita memang susah nak dipisahkan.Bagaikan patah tumbuh hilang berganti.Tapi kita kalau boleh,nak dia hilang terus dari kulit wajah.
Dah la jerawat ni banyak jenis.
Jerawat batu,Jerawat pasir,Jerawat yang tinggalkan parut.

Syila nak share tips yang mungkin berguna untuk kecutkan jerawat.Jerawat batu biasanya susah sangat nak hilang,tapi dengan amalkan petua ni,InsyaAllah cepat je jerawat batu ni kecut.
Pakej dengan parut jerawat pon boleh hilang.

Jerawat pon boleh jadi punca kita hilang keyakinan diri.Syila pernah alami masa zaman belajar dulu.
Bila tibanya hari pembentangan subjek,jerawat pon sibuk nak bentangkan diri juga.Akhirnya self confident jadi sangat low.


5 TIPS KECUTKAN JERAWAT DENGAN BERKESAN.

1.Kiub Ais.
Ambil seketul kiub ais dan lekapkan pada jerawat.Biarkan selana 5minit dan kemudian bilas.Lakukan sampai jerawat kecut dan hilang.

2.Pes Kunyit
Ambil sedikit serbuk kunyit dan titiskan air sehingga menjadi pes.
Sapukan pada seluruh wajah atau pada jerawat sahaja.Biarkan selama 20minit dan bilas.

3.Bawang putih.
Ambik seulas bawang putih dan potong pada 2 bahagian.Tekapkan bawang putih pada jerawat dan biarkan sehingga jus bawang putih melekat pada jerawat.
Lakukan sebanyak 2x sehari.
Jus bawang putih mengandungi sulfur yang membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.


4.Jus lemon.
Ambil sebiji lemon dan perahkan jusnya.Dengan menggunakan bebola kapas,tekapkan pada jerawat.Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilas.
Lakukan 3x sehari untuk kecutkan jerawat dengan cepat.

5.Madu
Ambil sedikit madu dan menggunakan bola kapas,tekapkan pada jerawat.
Lakukan sekerap yang boleh dan jerawat akan kecut dengan sendirinya.

SEMUANYA MENGGUNAKAN BAHAN BAHAN SEMULAJADI.

Mudahkan?Tak perlu ke drugstore hanya untuk beli krim kecutkan jerawat.Petua jerawar ni boleh digunakan untuk semua peringkat umur kerana ia hanya menggunakan bajan semulajadi.

Apa pon,pastikan anda membersihkan kulit wajah minimum 2x sehari kerana mekap,minyak dan debu boleh menyebabkan jerawat mudah timbul.

~Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment