Showing posts with label Tips Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kecantikan. Show all posts

Friday, 25 May 2018

Tips Kecutkan Jerawat Dengan Mudah.

May 25, 2018 0 Comments

Jerawat ni,kalau dah boleh menempek pada wajah memang buat kita stress.Bukan satu,tapi banyak pulak tempat yang dia timbul.Tambah pula dekat kawasan paling hot dan memang tak boleh tutup langsung dengan tudung.

Paling menyedihkan bila kita ada event penting,presentation,keluar dating,nak pergi beraya.
Confident level mesti jadi 30% dan kita sendiri akan rasa malu nak jumpa orang.Jerawat pasir,jerawat batu,jerawat nanah,jerawat mata dan macam-macam jenis jerawat lah memang menyakitkan mata kita yang memandang.

Jom baca TIPS KECUTKAN JERAWAT DENGAN MUDAH DAN CEPAT !!

1. Bawang putih.
Potong bawang putih kepada dua bahagian.Tekapkan bawang putih pada jerawat sehingga terasa airnya keluar.Biarkan beberapa minit dan bilas.

Bahan ini mungkin pedih jika kulit anda sejenis kulit sensitif.

2. PES KUNYIT
Ambil sedikit serbuk kunyit dan campurkan sedikit air sehingga menjadi pes.
Sapukan pada jerawat.
Lakukan setiap hari sehingga jerawat kecut.

3. JUS LEMON.
Ambil perahan jus lemon dan letakkan pada jerawat.Lakukan sehari dua kali sehingga jerawat kecut.

4. UBAT GIGI.
Sebelum tidur,sapukan ubat gigi pada jerawat dan bilas keesokan harinya.
Tips ini juga sanga membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.

5. KIUB AIS.
Ambil satu kiub ais dan lekapkan pada jerawat.Biarkan selama 5minit.Anda akan dapat jerawat sedikit mengecut.
Lakukan setiap hari.

6. PES KULIT KAYU MANIS.
Tumbuk kayu manis sehingga halus.Campurkan sedikit air sehingga menjadi pes.
Letakkan pes pada wajah sehingga jerawat kecut.

7. VITAMIN C.
Amalkan pengambilan buah yang tinggi vitamin C Ia dapat membantu mengecutkan jerawat dengan lebih cepat dan mudah.

Tips ini boleh digunakan untuk semua lapisan umur.Jika kulit anda sensitif selepas mencuba sesuatu tips,sila bilas dengan segera.

Apa sahaja tips yang anda cuba,syila harap anda dapat menjaga dan merawat kulit wajah anda dengan baik.Pastikan anda membersihkan wajah selepas menggunakan mekap ataupon sebelum tifur.

Debu yang memerangkap pada kulit wajah merupakan salah satu faktor kehadiran jerawat tanpa sebab.



Thursday, 17 May 2018

Set Skincare Paling asas yang anda perlu ada.

May 17, 2018 0 Comments

Sekarang syila tengok,terlalu banyak skincare timbang kilo.Yang lagi menyedihkan bila wanita yang terlalu obses untuk putih dalam masa 3hari sanggup sapu dan guna krim yang tinggi merkuri ni.

Kita memang perlu ada Produk Skincare supaya kulit wajah kita sentiaaa dilindungi daripada radikal bebas,jerawat,penuaan dan jeragat.
Tak kira lelaki atau wanita,perlu ada produk skincare untuk memastikan kulit wajah anda bebas daripada masalah-masalah kulit wajah.

4 ITEM ASAS YANG PERLU ADA DALAM SET SKINCARE ANDA.

CLEANSER.

Lebih dikenali sebagai pembersih muka.Cleanser sangat penting untuk membersihkan kulit wajah anda daripada kotoran.
Selain itu,cleanser juga membantu menanggalkan makeup anda.
Cleanser membantu membuka liang-liang pori anda yang tersumbat disebabkan makeup yang terlalu lama ataupon minyak yang berlebihan pada kulit wajah.

TONER.

Syila suka sangat dengan toner.Toner digelar sebagai double cleanser sebab ia membantu membersihkan kulit wajah dengan lebih rapi.
Toner juga membantu membuang sel kulit mati yang terdapat pada kulit wajah sekaligus menaikkan seri wajah kita.
Kulit akan nampak lebih sihat dan cerah selepas anda menggunakan toner


MOSTRIZER.

Pelembap.Ia sangat membantu mengawal kelembapan pada kulit wajah dan juga membuatkan kulit wajah lebih licin dan lembut.
Mostrizer juga membantu menutup liang-liang pori yang terbuka ketika proses menggunakan pencuci muka.

Mostrizer juga membantu mencantikkan kulit wajah dan memudarkan parut jerawat.
Apa sahaja pilihan mostrizer anda,pastikan ia tidak menyumbat liang pori.


KRIM PERLINDUNGAN UVA/UVB

Krim sunblock ni sangat penting supaya wajah anda tidak terbakar disebabkan oleh sinaran UV.Kulit wajah perlukan perlindungan UV minima spf15 dan maksima spf50.
Pemilihan krim perlindungan UV sangat penting kerana ia bukan sahaja melindungi wajah dari sinaran UV bahkan ia mengawal minyak pada kulit wajah.

Jika anda rasa sunblock yang anda gunakan sekarang sentiasa membuatkan kulit wajah anda mudah berminyak,syila syorkan untuk anda berhenti menggunakan sunblock tersebut dan ubah kepada jenama lain yang sesuai dengan kulit wajah anda.

Apa sahaja jenama skincare yang anda pilih,pastikan ia telah diuji secara klinikal dan selamat digunakan.
Pastikan anda tidak menjadi mangsa skincare timbang kilo yang semakin banyak di pasaran Malaysia sekarang.

Sunday, 22 April 2018

TIPS ATASI JERAGAT Yang anda perlu cuba!!

April 22, 2018 0 Comments
Siapa je yang tak suka bila kulit wajah sihat,cantik dan tampik berseri.
Bila ada masalah kulit wajah,mesti keyakinan diri kita semakin berkurang.Sebab itulah pentingnya untuk menjaga dan memelihara kecantikan wajah.Kita sebagai manusia memang sukakan kecantikan dan keindahan.Jadi,peliharalah sebaiknya.

Jeragat?
Salah satu masalah kulit yang agak sukar dihapuskan.Tetapi masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia akan membuatkan kulit wajah anda menjadi kusam dan tona kulit tidak sekata.
Jeragat berpunca daripada sinaran UV dan juga penggunaan skincare yang tinggi merkuri.


TIPS HILANGKAN JERAGAT
Nak kulit nampak lebih sihat tanpa jeragat?Jom kita cuba tips ini.Anda boleh mencubanya dirumah dengan menggunakan bahan yang ada didapur sahaja.
Tapi awasss!!
Jika kulit anda sensitif terhadap sesuatu bahan,pleas stop!!


TOMATO.
Tomato sangat sinonim dengan kecantikan kulit wajah.Selain daripada makan,kita juga boleh buat masker dengan menggunakan tomato.
Caranya sangat mudah.Simpan beberapa biji tomato didalam peti.Kemudian,potong sebiji tomato kepada dua bahagian.
Sapu secara perlahan lahan pada wajah.Biarkan selama 5-10minit dan bilas.

Lakukakan setiap hari dan anda akan dapati jeragat semakin pudar.


JUS LEMON.
Kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen.
Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Teruskan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

SODA BIKARBONAT
Baking soda sangat membantu mengurangkan kulit berminyak dan membantu menghapuskan sel sel kulit mati.Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan PH kulit.
Caranya sangat mudah.Campurkan sedikit air kedalam baking soda sehingga menjadi pes.Sapukan keseluruh wajah dan biarkan selama beberapa minit dan bilas.Lakukan selama 3x seminggu.
Awassss !!Jika kulit anda sensitif,jangan teruskan petua ini.
CUCI MUKA DENGAN KERAP
Cara hilangkan jeragat yang pertama ialah anda perlu lebih menitik-beratkan pasal kebersihan. Basuhlah muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka. Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati; dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebtu di bahagian muka.
Tetapi berhati-hati jangan pula sampai terlalu kering yang boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat.
SELAMAT MENCUBA

Saturday, 31 March 2018

5 Petua Kecutkan Jerawat.Hanya menggunakan bahan² didapur sahaja.

March 31, 2018 0 Comments
Jerawat dengan kulit kita memang susah nak dipisahkan.Bagaikan patah tumbuh hilang berganti.Tapi kita kalau boleh,nak dia hilang terus dari kulit wajah.
Dah la jerawat ni banyak jenis.
Jerawat batu,Jerawat pasir,Jerawat yang tinggalkan parut.

Syila nak share tips yang mungkin berguna untuk kecutkan jerawat.Jerawat batu biasanya susah sangat nak hilang,tapi dengan amalkan petua ni,InsyaAllah cepat je jerawat batu ni kecut.
Pakej dengan parut jerawat pon boleh hilang.

Jerawat pon boleh jadi punca kita hilang keyakinan diri.Syila pernah alami masa zaman belajar dulu.
Bila tibanya hari pembentangan subjek,jerawat pon sibuk nak bentangkan diri juga.Akhirnya self confident jadi sangat low.


5 TIPS KECUTKAN JERAWAT DENGAN BERKESAN.

1.Kiub Ais.
Ambil seketul kiub ais dan lekapkan pada jerawat.Biarkan selana 5minit dan kemudian bilas.Lakukan sampai jerawat kecut dan hilang.

2.Pes Kunyit
Ambil sedikit serbuk kunyit dan titiskan air sehingga menjadi pes.
Sapukan pada seluruh wajah atau pada jerawat sahaja.Biarkan selama 20minit dan bilas.

3.Bawang putih.
Ambik seulas bawang putih dan potong pada 2 bahagian.Tekapkan bawang putih pada jerawat dan biarkan sehingga jus bawang putih melekat pada jerawat.
Lakukan sebanyak 2x sehari.
Jus bawang putih mengandungi sulfur yang membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.


4.Jus lemon.
Ambil sebiji lemon dan perahkan jusnya.Dengan menggunakan bebola kapas,tekapkan pada jerawat.Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilas.
Lakukan 3x sehari untuk kecutkan jerawat dengan cepat.

5.Madu
Ambil sedikit madu dan menggunakan bola kapas,tekapkan pada jerawat.
Lakukan sekerap yang boleh dan jerawat akan kecut dengan sendirinya.

SEMUANYA MENGGUNAKAN BAHAN BAHAN SEMULAJADI.

Mudahkan?Tak perlu ke drugstore hanya untuk beli krim kecutkan jerawat.Petua jerawar ni boleh digunakan untuk semua peringkat umur kerana ia hanya menggunakan bajan semulajadi.

Apa pon,pastikan anda membersihkan kulit wajah minimum 2x sehari kerana mekap,minyak dan debu boleh menyebabkan jerawat mudah timbul.

~Selamat Mencuba.

Friday, 30 March 2018

5 TIPS KECANTIKAN PALING SIMPLE

March 30, 2018 1 Comments

Tips kecantikan paling simple yang anda perlu cuba dan jaga sebaik mungkin.
Anda akan lihat kulit wajah anda jauh lebih baik dari sebelum ini.

1.KEBERSIHAN.
Kebersihan adalah perkara paling penting untuk semua orang.Dari kita kecil sampai dewasa,kebersihan perlu dijaga dengan baik.
Orang yang cantik belum tentu jaga kebersihan,tapi orang yang jaga kebersihan semestinya cantik.

Kebersihan luar dan dalam.Hatta anda nak mencuci muka sekali pon,pastikan basuh dahulu tapak tangan sebelum menyentuh kulit wajah.Bakteria yang ada pada tapak tangan akan menyebabkan jerawat timbul dan kulit menjadi sensitif.

2.PERMAKANAN.
Perasan tak?Kebanyakan orang yang menjaga permakanan dia mest kulit wajah dia cantik.Maksud syila,kulit wajah nampak lebih lembap,bersih dan sihat.
Permakanan juga faktor utama dalam mendapatkan kulit yang cantik.Makanan yang berminyak boleh menyebabkan kehadiran sebum dan jerawat.Kulit juga sudah pasti akan nampak sangat oily dan sensitif.

Elakkan mengambil fast food dengan kerap.Makanan yang berproses tidak membantu mencantikkam kulit anda malah memberi kesan yang buruk.Makanan berproses mempunyai kandungan garam dan pengawet.Bukan kulit wajah sahaja mendapat kesan yang buruk,malah tubuh badan kita pon sudah pasti akan menerima padahnya.

3.GAYA HIDUP YANG SIHAT.
Pernah tengok tak?Kebanyakan daripada atlet sukan,coach gym,mereka mempunyai kulit yang cantik dan sihat.
Tahukah anda?
Tubuh badan kita banyak mengumpulkan toksin dan sebab itulah jerawat mudah timbul.
Toksin boleh disingkirkan melalui senaman dan gaya hidup yang sihat.

Amalkan seminggu 3kali sahaja untuk anda bersenam.Ia sangat membantu menyingkirkan toksin dalam badan.

4.PEMILIHAN SKINCARE.
Yang ni ramai sangat dikalangan kita tersalah pilih skincare.Terpukau dek testimoni yang merimbun,kata-kata manis daripada seller tanpa kita kaji selidik dulu betul² selamat atau tidak.

Ingat ye,SERASI TAK SEMESTINYA SELAMAT,SELAMAT TAK SEMESTINYA SERASI.
Jadi,syila syorkan sangat anda untuk pilih yang SELAMAT dahulu kemudian barulah melihat pada keadaan kulit adakah serasi ataupon tidak.

Tetapi jika anda memilih YOUTH SKINCARE,sudah pasti ianya SELAMAT dan SERASI.

5.PERSEKITARAN
Udara yang bersih sangat membantu anda menjaga kecantikan kulit wajah.
Jauihi PEROKOK.