Sunday 22 April 2018

# Tips Kecantikan

TIPS ATASI JERAGAT Yang anda perlu cuba!!

Siapa je yang tak suka bila kulit wajah sihat,cantik dan tampik berseri.
Bila ada masalah kulit wajah,mesti keyakinan diri kita semakin berkurang.Sebab itulah pentingnya untuk menjaga dan memelihara kecantikan wajah.Kita sebagai manusia memang sukakan kecantikan dan keindahan.Jadi,peliharalah sebaiknya.

Jeragat?
Salah satu masalah kulit yang agak sukar dihapuskan.Tetapi masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia akan membuatkan kulit wajah anda menjadi kusam dan tona kulit tidak sekata.
Jeragat berpunca daripada sinaran UV dan juga penggunaan skincare yang tinggi merkuri.


TIPS HILANGKAN JERAGAT
Nak kulit nampak lebih sihat tanpa jeragat?Jom kita cuba tips ini.Anda boleh mencubanya dirumah dengan menggunakan bahan yang ada didapur sahaja.
Tapi awasss!!
Jika kulit anda sensitif terhadap sesuatu bahan,pleas stop!!


TOMATO.
Tomato sangat sinonim dengan kecantikan kulit wajah.Selain daripada makan,kita juga boleh buat masker dengan menggunakan tomato.
Caranya sangat mudah.Simpan beberapa biji tomato didalam peti.Kemudian,potong sebiji tomato kepada dua bahagian.
Sapu secara perlahan lahan pada wajah.Biarkan selama 5-10minit dan bilas.

Lakukakan setiap hari dan anda akan dapati jeragat semakin pudar.


JUS LEMON.
Kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen.
Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Teruskan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

SODA BIKARBONAT
Baking soda sangat membantu mengurangkan kulit berminyak dan membantu menghapuskan sel sel kulit mati.Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan PH kulit.
Caranya sangat mudah.Campurkan sedikit air kedalam baking soda sehingga menjadi pes.Sapukan keseluruh wajah dan biarkan selama beberapa minit dan bilas.Lakukan selama 3x seminggu.
Awassss !!Jika kulit anda sensitif,jangan teruskan petua ini.
CUCI MUKA DENGAN KERAP
Cara hilangkan jeragat yang pertama ialah anda perlu lebih menitik-beratkan pasal kebersihan. Basuhlah muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka. Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati; dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebtu di bahagian muka.
Tetapi berhati-hati jangan pula sampai terlalu kering yang boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment