Thursday 12 April 2018

# Tips Penyususan

HEBATNYA SUSU IBU!!!

Susu yang terbaik dalam dunia adalah susu ibu.
Teruskan penyususan anda sehingga anak berumur dua tahun.
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada setiap ibu yang nekad untuk menyusukan anak mereka.

TIPS PENYUSUAN IBU YANG BERJAYA.

PERTAMA.
Ibu yang sedang mengandung sila tanamkan cita cita anda untuk menyusukan anak anda dari awal kehamilan. Walaupun mungkin pengalaman yang lalu anda gagal itu bukan alasan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

KEDUA
Banyakkan mengambil sumber makanan yang berkhasiat. Jangan pulun makan megi atau jajan konon alasan kempunan. Mula mula kempunan lepas tu jadi habit.
Elakkn ye.


KETIGA
Jika anda seorang yang kurus (contohnya macam saya hihihi) itu bukan alasan anda tak ada susu selepas lahirkan anak. Dan mereka yang yang mempunyai aset a.k.a payudara yang besar tak semestinya berjaya menyusukan anak mereka. The key point in your mind set!!

KEEMPAT
Jangan risau nak fikir perlu kumpul duit banyak banyak konon nak beli pam susu. Pam itu satu pilihan je pun. Saya sendiri walaupun beli pam lagi syok memerah susu sendiri. Puas hati !! Mungkin bagi ibu yang bekerja itu boleh jadi satu kepentingan.


KELIMA
Simpan dulu angan angan nak beli botol susu dengan susu formula. Kalau ada boleh aje ibu beli buat stok. Nak beli susu formula nanti pun jangan fikirkan jenama sangat. Utamakan susu ibu itu sendiri. Jimat bajet bagi susu sendiri.

KEENAM
Susu ibu kaya dengan antibodi. Kaya dengan sumber protein mineral zat besi DHA dan segala yang anak kita perlukan.

Terutamanya KOLOSTRUM. Kolostrum ini tak ada dalam susu formula. Pergi la buat kajian berjuta tahun memang tak leh lawan susu ibu yang paling hebat di dunia !!


KETUJUH
Masa berpantang nanti tolong minum air masak secukupnya. Tak payah mengada ngada nak sukat sukat air nak minum. Rasa dahaga minum je la. Memang sah sah bila lepas menyusu ibu dahaga. Dah kenapa takut sangat nak minum air pulak. Adoi la....

KELAPAN
Masa pantang ni kalau rasa nak diet memang elok sangat. Lagipun ibu menyusu ni cepat turun berat badan dia. Memang la cepat rasa lapar tapi jangan la melantak tak hingat kak oiii... senaman kemutan tu pun boleh je buat sambil menyusukan anak.


Sharing from  FB Nur Harmuny Amaluddin.

No comments:

Post a Comment