Thursday 17 May 2018

# Tips Kecantikan

Set Skincare Paling asas yang anda perlu ada.


Sekarang syila tengok,terlalu banyak skincare timbang kilo.Yang lagi menyedihkan bila wanita yang terlalu obses untuk putih dalam masa 3hari sanggup sapu dan guna krim yang tinggi merkuri ni.

Kita memang perlu ada Produk Skincare supaya kulit wajah kita sentiaaa dilindungi daripada radikal bebas,jerawat,penuaan dan jeragat.
Tak kira lelaki atau wanita,perlu ada produk skincare untuk memastikan kulit wajah anda bebas daripada masalah-masalah kulit wajah.

4 ITEM ASAS YANG PERLU ADA DALAM SET SKINCARE ANDA.

CLEANSER.

Lebih dikenali sebagai pembersih muka.Cleanser sangat penting untuk membersihkan kulit wajah anda daripada kotoran.
Selain itu,cleanser juga membantu menanggalkan makeup anda.
Cleanser membantu membuka liang-liang pori anda yang tersumbat disebabkan makeup yang terlalu lama ataupon minyak yang berlebihan pada kulit wajah.

TONER.

Syila suka sangat dengan toner.Toner digelar sebagai double cleanser sebab ia membantu membersihkan kulit wajah dengan lebih rapi.
Toner juga membantu membuang sel kulit mati yang terdapat pada kulit wajah sekaligus menaikkan seri wajah kita.
Kulit akan nampak lebih sihat dan cerah selepas anda menggunakan toner


MOSTRIZER.

Pelembap.Ia sangat membantu mengawal kelembapan pada kulit wajah dan juga membuatkan kulit wajah lebih licin dan lembut.
Mostrizer juga membantu menutup liang-liang pori yang terbuka ketika proses menggunakan pencuci muka.

Mostrizer juga membantu mencantikkan kulit wajah dan memudarkan parut jerawat.
Apa sahaja pilihan mostrizer anda,pastikan ia tidak menyumbat liang pori.


KRIM PERLINDUNGAN UVA/UVB

Krim sunblock ni sangat penting supaya wajah anda tidak terbakar disebabkan oleh sinaran UV.Kulit wajah perlukan perlindungan UV minima spf15 dan maksima spf50.
Pemilihan krim perlindungan UV sangat penting kerana ia bukan sahaja melindungi wajah dari sinaran UV bahkan ia mengawal minyak pada kulit wajah.

Jika anda rasa sunblock yang anda gunakan sekarang sentiasa membuatkan kulit wajah anda mudah berminyak,syila syorkan untuk anda berhenti menggunakan sunblock tersebut dan ubah kepada jenama lain yang sesuai dengan kulit wajah anda.

Apa sahaja jenama skincare yang anda pilih,pastikan ia telah diuji secara klinikal dan selamat digunakan.
Pastikan anda tidak menjadi mangsa skincare timbang kilo yang semakin banyak di pasaran Malaysia sekarang.

No comments:

Post a Comment