Friday 25 May 2018

# Tips Kecantikan

Tips Kecutkan Jerawat Dengan Mudah.


Jerawat ni,kalau dah boleh menempek pada wajah memang buat kita stress.Bukan satu,tapi banyak pulak tempat yang dia timbul.Tambah pula dekat kawasan paling hot dan memang tak boleh tutup langsung dengan tudung.

Paling menyedihkan bila kita ada event penting,presentation,keluar dating,nak pergi beraya.
Confident level mesti jadi 30% dan kita sendiri akan rasa malu nak jumpa orang.Jerawat pasir,jerawat batu,jerawat nanah,jerawat mata dan macam-macam jenis jerawat lah memang menyakitkan mata kita yang memandang.

Jom baca TIPS KECUTKAN JERAWAT DENGAN MUDAH DAN CEPAT !!

1. Bawang putih.
Potong bawang putih kepada dua bahagian.Tekapkan bawang putih pada jerawat sehingga terasa airnya keluar.Biarkan beberapa minit dan bilas.

Bahan ini mungkin pedih jika kulit anda sejenis kulit sensitif.

2. PES KUNYIT
Ambil sedikit serbuk kunyit dan campurkan sedikit air sehingga menjadi pes.
Sapukan pada jerawat.
Lakukan setiap hari sehingga jerawat kecut.

3. JUS LEMON.
Ambil perahan jus lemon dan letakkan pada jerawat.Lakukan sehari dua kali sehingga jerawat kecut.

4. UBAT GIGI.
Sebelum tidur,sapukan ubat gigi pada jerawat dan bilas keesokan harinya.
Tips ini juga sanga membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.

5. KIUB AIS.
Ambil satu kiub ais dan lekapkan pada jerawat.Biarkan selama 5minit.Anda akan dapat jerawat sedikit mengecut.
Lakukan setiap hari.

6. PES KULIT KAYU MANIS.
Tumbuk kayu manis sehingga halus.Campurkan sedikit air sehingga menjadi pes.
Letakkan pes pada wajah sehingga jerawat kecut.

7. VITAMIN C.
Amalkan pengambilan buah yang tinggi vitamin C Ia dapat membantu mengecutkan jerawat dengan lebih cepat dan mudah.

Tips ini boleh digunakan untuk semua lapisan umur.Jika kulit anda sensitif selepas mencuba sesuatu tips,sila bilas dengan segera.

Apa sahaja tips yang anda cuba,syila harap anda dapat menjaga dan merawat kulit wajah anda dengan baik.Pastikan anda membersihkan wajah selepas menggunakan mekap ataupon sebelum tifur.

Debu yang memerangkap pada kulit wajah merupakan salah satu faktor kehadiran jerawat tanpa sebab.



No comments:

Post a Comment